Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Terjemahan tersebut boleh digunakan kecuali perkataan penghakiman digantikan dengan pertimbangan dan memaafkan digantikan dengan pemaafan. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2018 |
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. Curiosity strength - tahap perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength - tahap pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength - tahap ketabahan 4. Zest strength - tahap semangat diri 5. Kindness strength - tahap kebaikan 6. Forgiveness/mercy strength - tahap kemaafan dan belas kasihan 7. Humility/Modesty strength - tahap kerendahan hati/kesederhanaan 8. Prudence strength - tahap kebijaksanaan 9. Spirituality/sense of meaning strength - tahap kerohanian dan rasa bermaknaan Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2018 |
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut? | 1. Monolog terbahagi kepada dua: i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Untuk monolog dalaman, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik tunggal (‘ ’). ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Untuk monolog luaran, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik (“ ”). Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran. a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.' b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini." 2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi. 3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan. | Lain-lain | 18.11.2021 |
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Jawapannya seperti yang berikut: 1. Halakan flash terus kepada objek. 2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koheren | Kohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. | Makna | 26.12.2009 |
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut? | 1. Tidak ada format yang standard berkenaan penggunaan tanda petik dalam monolog dan monolog dalaman kerana penggunaan tersebut lebih kepada gaya penulisan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan “tanda petik” (“/”) bagi monolog dan ‘tanda petik tunggal’ (‘/’) bagi monolog dalaman. 2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi” untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi. 1"> 3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan. | Karya | 24.12.2021 |
Kami memerlukan bantuan untuk translate dari English ke BM. Text 1 As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times Together, we will persevere and emerge a stronger Nation Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira-wira bangsa kita Terima kasih kepada semua barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia berkembang dari kekuatan ke kekuatan dan mengatasi waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita akan bertahan dan bangkit sebagai bangsa yang lebih kuat. Text 2 Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic Together, we will continue this journey Together, we will grow from strength to strength We will persevere Malaysia Cares Bersama-sama kita hadapi cabaran pandemik Covid-19 Bersama-sama kita meneruskan perjalanan Bersama - sama kita berganding bahu dan maju jaya! Malaysia Prihatin Terima Kasih. | Berikut merupakan padanan teks bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan: Teks 1: As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation. Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud. May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times. Together, we will persevere and emerge as a stronger Nation. Terjemahan Teks 1: Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira negara. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia angun dengan kekuatan dan mampu mengatasi saat getir ini. Bersama-sama kita kental dan bangkit sebagai negara yang lebih kuat. Teks 2: Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic. Together, we will continue this journey. Together, we will grow from strength to strength. We will persevere. Malaysia Cares. Trjemahan Teks 2: Bersama-sama kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19. Bersama-sama kita meneruskan perjalanan. Bersama-sama kita bangkit dengan kekuatan. Kami tidak akan mengalah. Malaysia Prihatin | Makna | 10.09.2021 |
1. Apakah yang difinasi penggabungjalinan , cara pelaksanaannya. 2. Kekuatan dan kelemahan konsep penggabungjalinan. 3. Apakah elemen-elemen pengucapan awam. 4. Apakah persediaan sebelum membuat pengucapan awam. | Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 15.10.2011 |
Tuan, Adakah penggunaan perkataan melibas betul dalam ayat ini? 1. Seorang pemain sedang melibas bola takraw ke gelanggang lawan menggunakan kekuatan kaki kirinya. Adakah menggunaan perkataan mengerah betul dalam ayat inin ? 2.Dua orang tukang masak mengerah tenaganya mengacau rendang menggunakan sudip panjang di dalam sebuah kawah. | Perkataan melibas untuk ayat pertama sesuai digunakan. Akan tetapi perkataan mengerah tenaga tidak sesuai untuk ayat kedua. Perkataan yang lebih sesuai ialah memerah tanaga atau memerah keringat. | Istilah | 06.04.2014 |
salam, apakah yang dimaksudkan dengan SLOW LEARNER? Adakah DBP masih menggunakan istilah lembam? adakah lembam = slow learner. Didalam kategori masalah pembelajaran dimanakah pelajar lembam berada? TQ | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelajar lembam. Lembam bermaksud 1. tidak ada kekuatan, lemah 2. lembap,tidak cergas, lemah(berkenaan kemampuan seorang murid menerima pelajaran). Untuk mengetahui kategori masalah pembelajaran pelajar tersebut perlu menjalani pemeriksaan doktor. Saudara boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Makna | 17.07.2008 |