Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekuatannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016
salam, saya ada menghasilkan penulisan dan ingin menerbitkan hasil penulisan tersebut. Bagaimana DBP dapat membantu agar karya tersebut dapat diterbitkan. Adakah ia memerlukan kos? Dan, apa kriteria yang diperlukan dalam penghasilan buku tersebut?

Assalamualaikum saudara,

                           Semua hasil penulisan yang dihasilkan oleh penulis, boleh diterbitkan oleh DBP sekiranya ia sesuai diterbit. Saudara hanya perlu menghantarkan bahan yang berkenaan kepada DBP dan kami akan membuat penilaian tentang kewajaran sama ada ia boleh diterbitkan atau tidak. Penilaian akan dilihat dari aspek kesesuaian penulisan itu dengan perancangan dan matlamat DBP. Bahan yang ditulis hendaklah bahan yang asli, menepati bidang dan sasaran pembaca. Isi kandungannya baik dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Sekiranya diterbitkan oleh DBP, semua kos akan ditanggung oleh DBP dan pencetak. Penulis akan dibayar royalti mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan kategori buku yang diluluskan. Sekiranya saudara berminat, sila ajukan bahan yang berkenaan kepada:

                  Pengarah Penerbitan,

                  Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP,

                  Dewan Bahasa dan Pustaka,

                  50926, Kuala Lumpur.

       Semoga jawapan ini dapat membantu saudara. Terima kasih.

                            

Lain-lain03.02.2010

Kembali ke atas