Rumahnya menjadi " perang " kerana tidak dijaga. Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan "perang "? | Pérang, iaitu warna merah yang kehitam-hitaman atau kekuning-kuningan. Oleh itu, ayat tersebut boleh ditukarkan menjadi "Rumahnya bertukar warna menjadi merah kehitam-hitaman kerana tidak dijaga. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
Yang manakah frasa gramatis antara "bewarna keperang-perangan" atau "bewarna hitam keperang-keperangan". Tolong Jelaskan | Frasa yang gramatis "bewarna keperang-perangan" kerana perang ialah warna merah yang kehitam-hitaman/kekuning-kuningan. | Tatabahasa | 23.10.2011 |
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon. ii. Penggandaan separa kata berimbuhan berlari = berlari-lari kenang= kenang-kenangan kuning = kekuning-kuningan Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.
| Tatabahasa | 03.10.2014 |