| Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i". | 1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi. 3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 4. Sementelah dan sementelahan. 5. Justeru. 6. ... kita akan dapat ... 7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 9. Kita haruslah dan kita seharusnya 10. Keistimewaan alam semula jadi 11. Mempertingkatkan 12. Memperbaik 13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177. | Tatabahasa | 29.10.2012 |
| 1. Bagaimana menulis nama kelab. Adakah perlu menggunakan huruf besar pada setiap pangkal. Contoh: a) Dia mendaftar masuk dalam Kelab Sains dan Matematik 2. Bagaimana menulis nama hari-hari khas yang sengaja dicipta, contohnya Minggu Bahasa Melayu. Perlukah diletakkan tanda petik, atau perlulah menggunakan huruf besar pada setiap pangkal perkataan itu? | Nama kelab dan nama hari yang dikemukakan merupakan nama khas dan perlu ditulis bermula dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah Kelab Sains dan Matematik, Minggu Bahasa Melayu. | Ejaan | 20.01.2012 |
| Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 08.10.2015 |
| SOALAN PERTAMA Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih. JAWAPAN DBP Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Terima kasih SOALAN BERBANGKIT YANG PERLU DIJAWAB Kamarul Azmi Nov 17th, 10:56pm salam sejahtera, gambar diatas saya ambil pada 16/11/2015. tiada perubahan sejak saya menulis aduan. sekian, terima kasih | Selamat Sejahtera, Tuan, Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan tentang perkara tersebut. Kami akan panjangkan aduan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan meminta mereka ubah iklan tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.11.2015 |
| Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini. | Lain-lain | 28.06.2012 |