Peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi atau bagai mencurah air di daun keladi? Yang mana betul? | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Oleh itu, penggunaan peribahasa yang betul ialah "mencurah air ke daun keladi". | Tatabahasa | 09.05.2019 |
Apa maksudnya - Terima Kasih Daun Keladi? Adakah ia satu peribahasa? Mengapa daun keladi? Terima kasih! | Ia bukan peribahasa, cuma sebagai pembayang bagi maksud tertentu seperti pantun dsbgnya dan menggunakannya untuk menyamakan dari segi rima akhir atau bunyinya sahaja. | Makna | 01.03.2007 |
Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesa kenangan sepanjang zaman. Soalan: Dapatkah akar keladi melilit selasih? | Rangkap pantun tersebut hanya merupakan perlambangan bahasa yang mengindahkan lagi susunan bahasa dalam bidang sastera terutamanya dalam penulisan puisi. | Lain-lain | 18.05.2010 |
apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud? | Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Lain-lain | 09.05.2012 |
erti mencurah air ke daun keladi | Maksud peribahasa itu ialah memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. | Makna | 13.05.2010 |
salam. pertanyaan saya yg lepas telah dijawab. terima kasih daun keladi. soalan : kata sendi : A. 1. ...menulis di atas kertas ..... 2. ....menulis pada kertas... B 1. tertarik oleh.... 2. ...tertarik dengan..... terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. menulis pada kertas. 2. tertarik dengan | Tatabahasa | 10.02.2010 |
1.Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) bagai mencurah air ke daun keladi? 2. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) membanting tulang. 3. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) rajin macam semut. 4. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa jawapan yang betul bagi keempat-empat ayat di atas? Minta penjelasan.Terima kasih. | Ialah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Lain-lain | 09.03.2017 |
Saya ingin bertanya, yang mana satu betul; nyatakan dan huraikan... atau nyata dan huraikan... Terima kasih daun keladi | Jawapan yang betul ialah nyatakan dan huraikan. | Tatabahasa | 29.04.2010 |
Salam, apakah perbezaan antara perkataan 'rebet' dan 'rebat'? Yang manakah maksud tepat bagi perkataan 'rebate' dalam Bahasa Inggeris? Terima kasih daun keladi. | Padanan rebate dalam bahasa Melayu ialah rebat. | Ejaan | 31.05.2012 |
Mana yang lebih tepat, isi lembayung atau lembayung isi? | Saudara/saudari, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu). Dalam konteks ayat di atas isi lembayung adalah lebih sesuai. | Makna | 25.07.2012 |