Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 29.01.2018 |
Pelan Strategik ICT ini, dirangka agar selari dengan Pelan Strategik ICT Negeri Kedah, agar perlaksanaannya kelak saling melengkapi. Betulkah susunan ayat di atas. | Istilah ICT merupakan istilah bahasa Inggeris dan padanan istilah bagi bahasa Melayunya ialah TMK. Susunan ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Pelan Strategik TMK ini dirangka selari dengan Pelan Strategik TMK Negeri Kedah supaya pelaksanaannya kelak saling melengkapi. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
apakah penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains menyebabkan bahasa melayu terabai dan apakah kesannya kelak? | Apabila sesuatu bahasa itu tidak lagi dijadikan bahasa ilmu, maka bahasa itu lama-kelamaan akan hanya menjadi bahasa perbualan biasa dan semestinya akan menjatuhkan martabatnya. | Lain-lain | 17.08.2006 |
Assalamualaikum Tuan, Bagaimana saya ingin membuat permohonan pengesahan bahasa untuk pengiklanan banting bagi expo yang akan diadakan kelak di Johor Bahru? Di sini saya lampirkan banting tersebut. | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 24.07.2017 |
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu. | Frasa Jejak Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna. | Lain-lain | 19.02.2013 |
saya merupakan pelajar tahun 2 UKM yang mengambil jurusan linguistik melayu..saya amat berminat untuk berkhidmat di DBP apabila tamat pengajian kelak. oleh itu, sebagai persediaan awal saya bercadang untuk menjalankan Latihan Industri(LI) saya di institusi tersebut pada tahan 3 nanti.apakah bidang yang ditawarkan untuk membolehkan saya menjalankan LI di DBP nanti? jawapan tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih | Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.10.2010 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Semuanya bermula dari ikhlas... (Adakah penggunaan kata sendi betul dalam ayat ini?) 2. Puncak kehidupannya kelak sudah pasti menyandangkan kebahagiaan di dunia dan mendapat rahmatan al amin di akhirat. ( Adakah penggunaan perkataan menyandangkan dan rahmatan al amin betul dalam ayat ini?) | 1. Penggunaan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat tersebut ialah "daripada". 2. Perkataan menyandangkan bermaksud memikulkan dan tidak sesuai dari aspek semantik ayat tersebut. | Tatabahasa | 21.04.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak. | Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak". | Tatabahasa | 21.08.2011 |
Saya ingin mengemukakan cadangan pertukaran istilah dalam Khidmat Nasihat bagi istilah "outreach program" yang telah dicadangkan sebagai "capaian program". Saya dapati ini tidak menepati hukum Diterangkan-Menerangkan. Saya juga khuatir ini akan menjadi ikutan sesiapa yang ingin merujuk istilah ini kelak. Diharap pembetulan dapat dilakukan. Sekian. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outreach program" ialah program khidmat masyarakat atau program bantuan. | Istilah | 21.09.2016 |
Selamat pagi. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Mohon bantuan daripada pihak tuan untuk terjemah ke bahasa melayu kerana pihak majlis ingin menggunakan kedua² bahasa kelak | Terjemahan yang sesuai bagi "Mukah Towards A Vibrant Smart City" ialah "Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria" | Makna | 10.05.2017 |