Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.kar] | کلاکر

Definisi : jenaka, gurau senda, lawak, olok­-olok, seloroh; berkelakar berjenaka, bergurau senda, ber­lawak, berolok-olok, berseloroh: ia ~ dan kami pun ketawa terbahak-bahak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.kar] | کلاکر

Definisi : Sr 1. perbualan; 2. omong kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.kar] | کلاکر

Definisi : perbuatan, kata-kata dsb yg dpt menggembirakan atau yg dpt menggelikan hati; jenaka; lawak; gurau senda: ~nya menyebabkan kami tertawa terbahak-bahak. berkelakar membuat kelakar; berjenaka; berlawak; bergurau senda: Pemuda yg kacak itu pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelakar (kata nama)
Bersinonim dengan gurau senda, olok-olok, seloroh, senda gurau, lucu, jenaka, lelucon, cura, makar, canda, kecandan, luci, kocak, cumbu, lucu-lucuan;,
Kata Terbitan : berkelakar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELUCON?Lelucon bermakna kelakar atau jenaka (cerita, dsb), lawak, kelucuan.Makna23.03.2008
Furry fandom dan funny animal adalah istilah yang digunakan untuk genre cerita berunsurkan haiwan seperti Mickey Mouse dan Goofy. Adakah sesuai saya terjemahkan sebagai "fandom berbulu" dan "haiwan kelakar" atau biarkan sahaja istilah itu dan digunapakai dalam penulisan Bahasa Melayu? Kemudian terangkan sahaja dalam konteks yang akan ditulis nanti?Belum ada lagi istilah dalam bahasa Melayu untuk Furry Fandom dan funny animal.  Tuan/puan boleh menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris untuk penulisan bahasa Melayu tetapi perlu ditulis dalam huruf condong (italic). Kemudian terangkan maksud istilah itu dalam konteks yang akan ditulis.Istilah18.06.2017
Saya torig khunlat sedang belajar bahasa melayu dasar. di Univesiti Fatoni salatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata canda itu ? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, canda bermaksud 1. kelakuan 2. gurauan, kelakar (Jakarta) 3.  rupa (Minangkabau) 4. sejenis tombak pendek (sastera lama)Makna10.12.2013

Kembali ke atas