kelam kabut atau kelam kelibut ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah dan ejaan yang betul ialah kelam-kabut yang bermaksud tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~; | Istilah | 15.01.2010 |
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat; Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara. Perkataa kelam-kabut pula bermaksud tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur. Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya. | Tatabahasa | 19.10.2017 |
Dalam situasi apakah perkataan "suram","kelam" dan "kusam" patut digunakan agar tidak salah dari segi bahasa. Sila berikan contoh ayat. Terima kasih. | 1. Perkataan "suram dan kelam" digunakan dalam konteks cuaca. Contoh ayat: Cuaca hari ini kelihatan suram /kelam. 2. Perkataan "kusam/pudar" digunakan dalam konteks logam. Contoh ayat: Dulang tembaga ini kelihatan kusam/pudar.
| Tatabahasa | 21.05.2015 |
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali __________ . kenapa jawapanya ialah bongkar-bangkir? dan bukanya kelam-kabut? | Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali bongkar-bangkir/kelam-kabut. Merujuk Kamus Dewan kedua-duanya betul kerana bongkar-bangkir dan kelam-kabut bermaksud kacau-bilau. | Tatabahasa | 15.08.2008 |
Soalan Kata Hampir Sama Makna Cahaya lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Saya berasa keliru akan penggunaan setiap perkataan di atas. | Suram bermaksud tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain) atau agak gelap. Kelam bermaksud tidak berapa terang (berkenaan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), atau agak gelap atau suram. Muram bermaksud tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram. Pudar bermaksud kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. Berdasarkan makna tersebut suram/kelam/muram/pudar boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Pemuda itu selalu memandu kereta__________ tanpa memikirkan keselamatan orang lain. A huyung-hayang B kelam-kabut C gundah-gulana D simpang-siur | Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka http://prpm.dbp.gov.my/ Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 23.08.2012 |
keadaan di negara itu sangat kelam kabut..atau situasi di negara itu? | Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan kerana perkataan keadaan dan situasi mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk perkataan situasi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1508. | Makna | 24.01.2011 |
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabut | A. Bongkar-bangkir. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik | Saudara, Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabut | Jawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna. | Tatabahasa | 19.07.2013 |