Nama tempat 'Klang atau Kelang' ke yang betul. Contoh :- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atau Kelang ? | Ejaan yang betul ialah Klang. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. | Ejaan | 28.03.2008 |
APAKAH EJAAN SEBENAR LEMBAH KELANG ATAU LEMBAH KLANG? | Ejaan yang betul ialah Lembah Klang. | Ejaan | 15.01.2010 |
Saya bimbang mengenai signboard2 jalan yang dipasang oleh pihak PBT tanpa membuat semakan dengan pihak DBP terlebih dahulu sebelum dipasang oleh pihak kontraktor. Siapa harus bertanggungjawab jika ada sigboard yang dipasang tidak mengikut bahasa atau perkataan yg tepat. Senarai nama jalan seperti berikut:- 1. Di Lebuhraya Persekutuan KL ke Kelang saya melihat banyak signboard2 berbeza. Contoh. Signboard > J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar. 2. Di Jalan Maharajela ke Petaling Jaya saya melihat Signboard > Jln. Tun Sambanthan > Jln. Tun Sambhantan. 3. Dari Jalan Pudu ke Jalan Cheras > Signboard > Jln. Changkat Thamby Dollah > Jln. Changkat Tambhy > Jln. Changkat Tambi Dollah. 4. Dari bulatan Kg. Pandan ke Time Square Signboard > Ke Jalan Sultan Ismail > Ke Jalan Sultan Ismali. 6. Yang lebih menyedihkan signboard di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua signboard diseluruh sekitar kawasan ini ditulis dengan Jln T.A. Rahman. Pada pandangan saya nama jalan TAR adalah nama istimewa sempena nama YDP Agong Pertama. Jadi kenapa pihak PBT (DBKL) tidak mengambil perhatian/peka keatas perkara ini dan pihak kontaraktor pulak mengambil kerja cepat sambil lewa menyiapkan tender2 signborad. Saya syorkan Jln. T.A Rahman di perbetulkan semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ayat penuh). Sebagai orangawam saya amat malu dan kesal atas perkara ini. Sebagai bukti saya akan poskan kepada pihak tuan iaitu aduan bergambar untuk tindakan yang segera. Sekian. Tajuddin Hassan | Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 18.11.2010 |
tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat | Tragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda | Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pembangunan dan pengantarabangsaan. 2. Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang 3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Makna | 23.02.2009 |