Adakah perkataan "kelangsungan" boleh diguna dalam apa-apa ayat? Contohnya ayat: Oleh itu pengesahan daripada Pengurus Besar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah perlu untuk kelangsungan projek ini. | Boleh. Berikut disertakan makna kata kelangsungan. Kelangsungan: perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah kelangsungan daripada kreativiti pelipur lara; | Lain-lain | 14.04.2009 |
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain? | Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan. | Lain-lain | 14.08.2010 |
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan. | Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam. | Lain-lain | 23.06.2008 |
penggolongan kata bagi ayat ini... “Pupus bahasa, pupuslah bangsa.” Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan. | "Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara. | Tatabahasa | 18.04.2012 |