Ayat-ayat berikut yg mana betul? Tolong membuat penerangan. Thank you ! 1) Adakah puluh / ratus / ribu / juta merupakan penjodoh bilangan? a) Dua juta orang rakyat Malaysia Dua juta rakyat Malaysia b) Berpuluh-puluh bakul Berpuluh-puluh buah bakul j) I satu suku sudu garam atau satu sudu suku garam? II satu perempat biji epal atau satu biji perempat biji epal? k) I sebahagian daripada murid-murid dari kelas II sebahagian daripada murid dari kelas III sebahagian daripada pelajar-pelajar dari kelas IV sebahagian daripada pelajar dari kelas V sebahagian daripada peniaga-peniaga VI sebahagian daripada peniaga VII sebahagian daripada pemuda-pemuda VIII sebahagian daripada pemuda | Perkataan puluh, ratus, ribu dan juta merupakan kata bilangan. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.
| Tatabahasa | 21.01.2022 |
Assalamualaikum, saya perlukan nasihat atas beberapa istilah sains berikut yang sepadan dengan istilah Bahasa Melayu. Baltimore virus classification Class I: double stranded DNA virus Class II: single stranded positive sense DNA virus Class III: double stranded RNA virus Class IV: positive sense single stranded RNA virus Class V: negative sense single stranded RNA virus Class VI: single stranded positive sense RNA virus with reverse transcriptase Class VII: double stranded DNA virus with reverse transcriptase 5′ (Five-prime) methylated cap 3′ (Three-prime) polyadenylated tail 5′ (Five-prime)-leader-untranslated region (UTR) RNA dependent RNA polymerase DNA dependent RNA polymerase DNA directed DNA polymerase RNA directed DNA polymerase Terima kasih | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan istilah-istilah yang berikut: Pengelasan Virus Baltimore: - Kelas i: Virus DNA bebenang ganda dua
- Kelas ii: Virus DNA bebenang tunggal deria positif
- Kelas iii: Virus RNA bebenang ganda dua
- Kelas iv: Virus RNA bebenang tunggal deria positif
- Kelas v: Virus RNA bebenang tunggal deria negatif
- Kelas vi: Virus RNA bebenang tunggal deria positif dengan transkriptase berbalik
Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk istilah sains Kelas VII, mohon pihak puan untuk memberikan terjemahannya terlebih dahulu untuk kami semak dari segi bahasa. Puan juga boleh merujuk laman web prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan istilah yang bersesuaian. | Istilah | 04.04.2020 |
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih | (i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara. | Makna | 13.12.2007 |
salam.saya igin kepastian utk ayat2 ini.pilihan jwpn trdiri dr 2 jwpn.ayat2nya ialah : I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? II. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? III. Mengapa kita harus berkumpul di bilik makmal komputer? IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni? | Jawapan yang betula ialah I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? dan IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni? | Tatabahasa | 13.08.2012 |
(a)Struktur ayat yang manakah betul? Bagaimanakah kelas makanan dalam/di soalan 1 dapat membantu mengekalkan kesihatan? (penggunaan dalam atau di) (b) Apakah perbezaan penggunaan 'untuk/bagi' jika diterjemahkan daripada perkataan 'for/to'? Harap Tuan dapat membalasnya di e-mel saya yang terbaru : norhidayah.azizan@pearson.com. Terima kasih atas bantuan pihak Tuan. | 1. Ayat yang betul ialah: Bagaimanakah kelas makanan dalam soalan 1 dapat membantu mengekalkan kesihatan? 2. Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina. ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu.
| Tatabahasa | 31.05.2011 |
salam sejahtera, apakah kelas kata bagi 'yang', dan bagaimana pengunaannya mengikut tatabahasa dewan? Atas kerjasama yg diberikan, terima kasih diucapkan kepada pihak khidmat nasihat DBP. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi baharu yang ialah kata hubung pancangan relatifatau kata ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Contoh: i. Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran. ii. budak yang sedang membaca itu adik saya. | Tatabahasa | 31.07.2007 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Mohon bantuan untuk mendapatkan terjemahan bagi istilah "index for inclusion". Konsep "inclusion" berkaitan Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. MBPK terdiri daripada 6 kategori iaitu: i) Ketidakupayaan penglihatan ii) ketidakupayaan pendengaran iii) ketidakupayaan fizikal iv) ketidakupayaan pendengaran v) masalah pembelajaran vi) ketidakupyaan pelbagai Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah index for inclusion ialah indeks untuk rangkuman. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2024 |
Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”. Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II, 2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama. Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama. Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157. | Lain-lain | 05.06.2025 |
Berdasarkan penerangan daripada Tuan tiga hari yg lalu, tetapi saya masih tidak faham. Maaf ya... 1. Adakah separuh sama dengan setengah? Apakah jwp yg paling tepat utk soalan 2 dan soalan 4 ? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasih | 1. Perkataan separuh dan setengah membawa maksud yang sama. Namun begitu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk dirujuk kepada manusia. 2. Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: i. Sebilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat. ii. Hampir setengah daripada bilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat. 3. Bahkan, malah dan malahan membawa maksud yang sama. 4. Beliau bukan sahaja pemurah malah/malahan/bahkan prihatin terhadap rakyat miskin. Sekian. Terima kasih.
| Tatabahasa | 07.06.2017 |