saya ingin bertanya 'apakah rasa sebenar buah mangga muda sama ada ianya masam atau kelat'.Manakah jawapan yang paling tepat sekali | Jawapan yang tepat ialah masam. | Lain-lain | 17.10.2012 |
Salam sejahtera ! Soalan saya masih berkaitan dengan jawapan tuan tentang kata lawan 'manis' ialah ' masam' Berikut ialah soalan sepenuhnya ; Kopi yang dibuat olehh ibunya sangat 'manis' Pilih perkataan berlawan bagi 'manis' A masam B kelat C pahit D masin Adakah jawapannya patut kekal 'masam' walaupun janggal dalam ayat tersebut atau boleh dijawab 'pahit' walaupun tidak mematuhi daftar kata lawan. Terima kasih | Salam Sejahtera. Kata lawan perlu dilihat dalam konteks penggunaannya. Dalam hal ini, jawapan kata lawan "manis" ialah "pahit". | Tatabahasa | 13.08.2014 |
Assalamualaikum.... 1. Apakah maksud 'tawas' secara terperinci? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. 2. Apakah maksud 'ekahala'? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. | Tawas ialah sejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya, manakala ekahala bermaksud mempunyai atau mengikut satu hala sahaja. | Makna | 16.01.2010 |
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ). | Jawapan 1: B. kuncup Jawapan 2: D. likat Jawapan 3: A. tepi | Tatabahasa | 12.03.2013 |
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA? | Saudara Mohd. Iqbal, Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.01.2010 |
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata | Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.10.2009 |