Hello cikgu, minta tanya beberapa rangkai kata berikut sama ada gramatis atau salah; 1. kelawar-kelawar = adakah perkataan ini wujud? dan betul menunjukkan kelawar yang banyak? 2. stesen-stesen minyak = adakah penggunaannya wujud? 3. sektradsisi = adakah perkataan ini wujud? 4. apakah perbezaaannya "pertunjukkan budaya" dan "persembahan budaya", manakah penggunaan yang sesuai? sekian terima kasih! | 1. Perkataan kelawar boleh dijamakkan untuk menunjukkan banyak kelawar, begitu juga dengan perkataan stesen-stesen minyak - menunjukkan banyak stesen minyak. 3. Kata sektradsisi tidak ada dalam sumber rujukan kami. 4. Pertunjukan budaya dan persembahan budaya, sama makna kedua-duanya. | Tatabahasa | 26.07.2010 |
Tuan/Puan, 1. Perlukah kata pemeri 'ialah' digunakan untuk ayat-ayat berikut? (a) Aku ialah pemburu burung yang hebat. (b) Pantas berfikir, kelawar itu menjawab, "Oh, tapi aku bukan burung, aku ialah tikus." (c) "Oh, tapi aku bukan tikus," jawab kelawar. "Aku ialah kelawar." Kalau 'ialah' tidak perlu, mengapa? 2. Adakah penggunaan 'adalah' betul bagi ayat di bawah? Tikus yang bijiak itu berkata, "Apa yang aku ingin tahu adalah siapa yang berani untuk pergi dan mengikat loceng di leher kucing?" Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Sekian. Terima kasih. | 1. Kata pemeri "ialah" boleh ada atau tiada dalam ayat tersebut. Sebagai kata pemeri "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. 2. Penggunaan yang gramatis dalam ayat tersebut "ialah" sesuai dengan fungsinya sebagai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
monyet-monyet yang BERGAYUTAN..apakah istilah yang sesuai bagi kelawar? | Frasa yang betul ialah monyet bergayutan dan kelawar bergayutan. | Makna | 06.05.2012 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereeka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual. 2. najis kelawar dikenali sebagai 'guano". satu pemetik kata atau dua?) | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual.
- Najis kelawar dikenali sebagai "guano".
| Tatabahasa | 06.12.2018 |
Perkataan 'apabila' boleh atau tidak diletakkan di hadapan ayat? | Perkataan apabila, boleh digunakan di hadapan ayat. Contoh: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Puas sudah saya mencari padanan dalam bahasa kebangsaan istilah "flying fox". Sudi bantu saya? Terima kasih.... | Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, tuan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying Fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox). | Istilah | 09.12.2014 |
Saya ingin bertanya jika ada padanan Bahasa Malaysia untuk perkataan flying fox atau Zip Line( di Amerika)? | Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, puan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox). | Istilah | 03.12.2014 |
Tuan/Puan, 1)Mana frasa yang betul - melungsuri internet / melayari internet? 2)Boleh saya gunakan papan gelongsor untuk perkataan 'skateboard'? 3) Apa perbezaan bila, bilakah dan apabila? Terima kasih, Tuan & Puan. | Salam sejahtera, Puan, Penggunaan perkataan yang betul: 1. Melayari internet 2. skateboard- papan selaju Bagi soalan ketiga, perbezaannya seperti keterangan berikut: Bila merupakan kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika). Bilakah merupakan kata tanya yang hadir di hadapan ayat. Apabila merupakan kata hubung pancangan keterangan yang merujuk "pada ketika". Contoh ayat: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.10.2019 |
assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara kata sendi nama 'untuk', 'bagi', dan 'demi' dengan kata hubung keterangan tujuan yang membentuk ayat majmuk pancangan keterangan? | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh kata hubung keterangan ialah kerana, kalau, hingga, tatkala, apabila, supaya, untuk, sementara, ketika dan walaupun. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. 2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. 3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. 4. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah. 5. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519. | Tatabahasa | 11.09.2011 |