Adakah terdapat kata sisipan dalam perkataan 'kelebak'? Pada pengetahuan saya, jika saya buang sisipan 'el', perkataan dasarnya akan jadi 'kebak'. Saya telah semak di dalam kamus, perkataan tersebut (kebak) tidak tersenarai. Jadi, adakah perkataan 'kelebak' boleh diterima sebagai kata sisipan? Begitu juga perkataan 'kelingking'. Jika kita buang sisipan 'el', perkataan tersebut akan jadi 'kingking'. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, perkataan 'kingking' bermaksud 'limau'. Dari manakah asal perkataan tersebut? Mengapa perkataan tersebut membawa maksud 'limau'? Terima kasih. | Tidak semua perkataan yang ada huruf el di tengah-tengah perkataan menunjukkan berlakunya proses sisipan el pada perkataan tersebut. kata dasar dan kata yang ada sisipan el mempunyai makna yang hampir sama, seperti serak dan selerak. Kamus Dewan tidak menyenaraikan etimologi (asal-usul kata), sila rujuk kamus/buku lain yang berkaitan. | Tatabahasa | 03.09.2008 |
Salam sejahtera.. Soalan saya kepada pihak DBP ialah berkenaan imbuhan sisipan -el- Mengapakah tidak terdapat daftar kata "kebak" dalam Kamus Dewan sedangkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga m/s 72 perkataan "kelebak" diterbitkan daripada kata dasar "kebak" jawapan daripada pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Perkataan 'kebak' tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana tidak semua perkataan disenaraikan dalam Kamus Dewan. | Tatabahasa | 14.02.2011 |