Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lé.dar] | کليدر

Definisi : (kelédar); topi (tali pinggang) ~ topi (tali pinggang) yg dipakai utk keselamatan sbg persediaan menghadapi bahaya (kema­langan dsb); berkeledar 1. bersedia (bersiap-siap) utk menghadapi bahaya dll; 2. = berkeledaran tidak teratur atau tidak tersusun, berselerak, bertaburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lé.dar] | کليدر

Definisi : /kelédar/ persiapan atau persediaan utk menghadapi bahaya: topi ~; tali pinggang ~. berkeledar bersiap sedia utk menghadapi bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keledar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Adakah simpulan bahasa / frasa berikut betul selepas digandakan: 1. khabar angin --> khabar angin-khabar angin atau khabar-khabar angin ? 2. tali pinggang keledar .--> tali pinggang keledar-tali pinggang keledar atau tali-tali pinggang keledar? Terima kasih.Khabar angin boleh membawa makna satu atau jamak bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam ayat. Oleh yang demikian, simpulan bahasa khabar angin tidak perlu digandakan.

Tali pinggang keledar merupakan kata nama majmuk yang dieja terpisah (tali pinggang + keledar) dan hanya bahagian awal kata sahaja digandakan. Oleh itu, frasa yang betul ialah tali pinggang-tali pinggang keledar.
Tatabahasa09.05.2024
Selamat sejahtera. Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang keledar? Terima kasih.Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada bentuk fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk tali pinggang keledar. Walau bagaimanapun, tali pinggang keledar boleh juga disebut sebagai satu “unit” atau “sepasang tali pinggang keledar”, jika merujuk kepada dua unit tali pinggang keledar.Lain-lain31.12.2023
1.Apakah penjodoh bilangan bagi topi keledar? 2. Apakah kata nama bagi Liquid paper? Terina kasih.

1. Untuk makluman tuan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan yang dicadangkan ialah “sebuah topi keledar”.

2. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi “liquid paper” ialah “pemadam cecair”.



Lain-lain12.04.2024
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?) 2. a.Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?) 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering / daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Sekian, terima kasih.

1. Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?). Kedua-dua ayat tersebut betul

2. a. Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?): Jawapan betul ialah 1. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. 2. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tumbuh segar

3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering/daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Jawapan betul ialah Saya dan bapa menyapu daun-daun kering di bawah pokok

Tatabahasa10.02.2020
saya ingin bertanya beberapa kesalahan seperti: 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN 2. DI LARANG MEROKOK... 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN 4. Bandaraya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT boleh tidak saya dapatkan pembetulan ayat tersebut dan Menerangkan hukum tatabahasa dengan tepat, disertakan dengan sumber rujukan. saya berharap pihak DBP dapat membantu saya..sekian terima kasih1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN - ayat yang betul ialah Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin S.Y. Lim (Hukum DM - yang diterangkan: Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin; yang menerangkan S.Y. Lim)         2. DILARANG MEROKOK ayat ini betul dan merupakan contoh laras bahasa iklan  3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN - ayat yang betul ialah Restoran Ekonomi Bismillah (sama seperti hukum ayat 1) walau bagaimanapun kami mencadangkan restoran ini diberi nama lain seperti Restoran Fatimah, Restoran Puteri dan sebagainya.  4. Bandaraya Kuching - ejaan yang betul ialah Bandar Raya Kuching   5. KELEDAR INDUSTRI KASUT - ayat yang betul ialah Industri Kasut Keledar (hukumnya sama seperti ayat 1).  Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edsis Ketiga.  Tatabahasa29.01.2010
Dahlia bukan didenda kerana cukai jalan keretanya tamat tempoh tetapi dia didenda kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Bukan didenda atau tidak didenda ?Penggunaan kata nafi "bukan" dalam ayat tersebut adalah betul.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewsn Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 262.
Tatabahasa29.10.2024

Kembali ke atas