Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lé.dé/] | کليديق

Definisi : (kelédék) sj ubi yg manis, ketela ubi, Ipomoea batatas; ~ hutan sj tum­buhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar keremek, akar lanar, Ipomoea digitata; (akar) ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis gracilis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lé.dé/] | کليديق

Definisi : /kelédék/, = ubi ~ nama sj herba menjalar yg berubi, Ipomoea batatas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keledek

Puisi
 

Tanam keledek dari Klebang,
     Bawa sebiji buah kelapa;
Memang adik sayangkan abang,
     Abang pula nak kasi apa?


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu.

2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir .

3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan.

4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja.

5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

Tatabahasa23.07.2011

Kembali ke atas