Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.ma.han] | کلمهن

Definisi : perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.ma.han] | کلمهن

Definisi : keadaan atau hal lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Peribahasa

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kelemahan dan kebaikan SMS? adakah SMS merosak kan bahasa melayu dan penggunaan SMS dikalangan golongan berpendidikan dan golongan tidak berpendidikan.

Sila rujuk bahan ini :

 1. Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan sms / PEMIKIR : April 2007.

2. Komunikasi kreatif sms/ Dewan Bahasa : Mei 2005.

3. Pengaruh sms terhadap bahasa Melayu / Dewan Bahasa : Julai 2007

 

 

 

 

   
 Supyan HusainDewan Bahasa01/05/2005
Komunikasi kreatif sms?Jyh Wee SewDewan Bahasa01/05/2005Terperinci
Pengaruh sms terhadap bahasa MelayuZaidi IsmailDewan Bahasa01/07/2005Terperinci
Pengaruh SMS terhadap Bahasa Melayu Syazwan Azri ZabidiPelita Bahasa 01/07/2005
Lain-lain25.04.2008
Apakah kelemahan dan kebaikan sebutan baku ?

Encik Hazmi,

Maaf terlewat menjawab soalan ini. Pada tarikh tersebut komputer saya buat hal tak boleh nak potong dan tampal.

 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan.

 

Tatabahasa14.06.2010
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan.Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah:

Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai
Refleksi diri = Gambaran diri
Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya

Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang
Lain-lain17.10.2015
Apakah kekuatan dan kelemahan Sistem Ejaan Rumi Baru 1972

Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan.

Lain-lain14.08.2009
saya ingin tahu apakah kebaikan dan kelemahan penggunaan bahasa inggeris dalam pelajaran sains dan matematik di sekolah?Saudara boleh merujuk makalah dan akhbar tentang perkara ini daripada Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dengan melayari Laman DBP atau melalui majalh dan akhbar tempatan yang terdapat dalam pasaran.Lain-lain18.03.2008
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Tatabahasa05.07.2012
1. Apakah yang difinasi penggabungjalinan , cara pelaksanaannya. 2. Kekuatan dan kelemahan konsep penggabungjalinan. 3. Apakah elemen-elemen pengucapan awam. 4. Apakah persediaan sebelum membuat pengucapan awam.Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Lain-lain15.10.2011
Kelulusan Perniagaan Amar Empat tidak di lukuskan apa sebab? Dan di mana kelemahan?Tuan perlu mengemukakan visual iklan dalam format jpeg atau gif untuk pengesahan. Permohonan tanpa visual tidak dapat diproses.Lain-lain04.09.2015
Bolehkah menggunakan kata sendi nama 'antara' di awal ayat? Cth : Antara faktor kelemahan pasukan tersebut ialah.............Antara boleh digunakan di permulaan ayat, contoh: Antara agenda yang dibincangkan ialah ...Tatabahasa18.02.2009
maksud ibarat menepuk air di dulangPerbuatan yang sia-sia yang memaparkan kelemahan diri sendiri.Makna10.10.2008
1234

Kembali ke atas