| ejaan "haji" dari daftar-kata rmi-jawi | Untuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. | Lain-lain | 26.09.2016 |
| kesilapan ejaan "haji" pada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=haji# | Untuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. | Lain-lain | 26.09.2016 |
| Maksud dan perbezaan terperinci antara mapan dan mampan. Bagaimana cara penggunaan mengikut kesesuaian | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mampan dan mapan adalah seperti yang berikut: mampan kata adjektif (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang. Contoh penggunaan: Sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. mapan kata adjektif 1 (berkenaan teori, budaya dan sebagainya) tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum. Contoh penggunaan: Kajian ilmiah mestilah dilakukan berdasarkan kerangka kerja atau teori yang mapan. 2 (berkenaan kedudukan, ekonomi dan sebagainya) baik dan stabil. Contoh penggunaan: Perpaduan antara kaum perlu dipupuk untuk menjamin perkembangan ekonomi yang mapan. 3 (berkenaan suara, tulisan, lakonan dan sebagainya) mantap dan sukar untuk dicari kelemahannya. Contoh penggunaan: Sesebuah lagu itu mestilah menggunakan bahasa dan susunan lirik yang mapan. Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP. | Makna | 12.01.2024 |