Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.leng.ka.pan] | کلڠکڤن

Definisi : 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.leng.ka.pan] | کلڠکڤن

Definisi : 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam...saya ingin bertanya terjemahan yang sesuai untuk 'toiletries' selain kelengkapan tandas. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang lain untuk "toiletries" ialah kelengkapan dandanan diri.Istilah13.10.2015
Kami ingin menerbitkan buku berkaitan alat-alat konvokesyen seperti jubah canselor, jubah graduan, cokmar dan lain-lain. Manakah tajuk yang sesuai, (1) Buku Peralatan Istiadat Konvokesyen atau (2) Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen. Terima kasih.Judul yang lebih sesuai ialah "Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen"Karya02.11.2016
Selain petsembahan koir, acara sukanaeka turut diadakan sebagai PELENGKAP/KELENGKAPAN kepada sambutan Hari Guru. Terima kasih~Selain petsembahan koir, acara sukanaeka turut diadakan sebagai PELENGKAP sambutan Hari Guru.Tatabahasa09.09.2014
Salam tuan/puan, Bolehkah tuan/puan klasifikasikan setiap satu daripada contoh yang saya berikan sama ada betul ialah kata nama am tak hidup institusi atau tidak. - makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku Bolehkah tuan/puan nyatakan beberapa lagi contoh lain selain yang terdapat di dalam tatabahasa dewan? Terima kasih. Jasa baik tuan/puan amat saya hargai.Kata nama am tak hidup institusi :
makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku
Tatabahasa08.09.2014
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Istilah "default setting" merujuk kepada kawalan perkakasan atau perisian komputer (atau peranti, kelengkapan atau mesin) seperti yang dipraset oleh pengilangnya. Apakah terjemahan "default setting" yang paling sesuai - "seting lalai", "pengesetan lalai", "tetapan lalai" atau apa-apa terjemahan lain?Cadangan kami ialah Tetapan Lalai.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2019
Salam sejahtera. Apakah cadangan terjemahan bagi jawatan "customer duty manager" dan "store duty manager"? Kedua-duanya adalah jawatan di dalam sebuah gedung kelengkapan rumah yang besar seperti pusat membeli-belah. "Store" merujuk kepada gedung ini. Terima kasihTidak ada terjemahan Customer Duty Manager dan Store Duty Manager dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengurus Khidmat Pelanggan dan Pengurus Stor.Tatabahasa09.07.2012
apakah makna dan istilah perkataan logistikMengkikut Kamus Dewan makna perkataan logistik ialah 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsbMakna03.06.2009
apa yang di maksudkan dengan logistikKamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata logistik merujuk aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsbMakna05.03.2009
maksud bagi perkataan logistik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, logistik bermaksud : 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb.

Untuk memudahkan saudara mencari makna perkataan, apabila melayari laman web DBP, sila taip perkataan yang dikehendaki pada menu carian spesifik. Makna perkataan yang dicari akan dipaparkan pada skrin berserta dengan sumber rujukan dan takrifan perkataan tersebut.

Makna08.03.2009
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'?1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah)Tatabahasa30.07.2007
12

Kembali ke atas