Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.pa.san] | دلڤسکن

Definisi : 1. perihal lepas (bebas), ke­bebasan; 2. waktu rehat (sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd hari ~ begini, saya selalu pergi meman­cing; 3. kehilangan: anjing ~ daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.pa.san] | دلڤسکن

Definisi : 1 keadaan lepas (bebas); kebebasan. 2 waktu rehat atau hari cuti: Hari Ahad ialah hari ~ am. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan amKedua-dua perkataan boleh digunakan kerana sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maksud kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa17.10.2008
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan amKedua-dua perkataan boleh digunakan kedua-dua perkataan sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna biarpun dan walaupun.Tatabahasa17.10.2008
which net i had to go

Untuk makluman, selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di tingkat 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.30 petang - 4.30 petang

Hari Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari dan 3.00 petang - 4.30 petang

(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain21.06.2011
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih

Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang
Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang
(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain15.07.2019

Kembali ke atas