Terdapat permainan tradisional yang menggunakan rim basikal. Ada yang mengatakan kelereng. Ada yang mengatakan kleret. Manakah yang paling tepat? Terima kasih. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "kelereng" bermaksud 1. biji buah lerak 2. guli, gundu, kelici. Perkataan "kleret" tidak terdapat dalam kamus atau pangkalan data istilah DBP. | Istilah | 28.10.2016 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. | Tuan/puan yang budiman, Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami. | Istilah | 26.12.2018 |