Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 'perimeter fencing'?Bolehkah 'pagar keliling' atau 'pagar perimeter' digunakan? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah pagar keliling. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.07.2017 |
Apakah terjemahan untuk perkataan "skirting", iaitu hiasan di keliling meja, biasanya untuk majlis-majlis keramaian? | Perkataan skirting boleh digunakan dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi skirting dalam Kamus Dewan ialah fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja, pentas dan sebagainya yang biasanya berlisu. | Istilah | 07.10.2011 |
apakah terjemahan untuk island hopping | Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalandata kami. Jika hendak digunakan, kami mencadangkan padanannya Aktiviti Keliling Pulau | Lain-lain | 11.10.2017 |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Bagaimanakah hendak memberi kefahaman yang mudah kepada murid tentang perbezaan kata terbitan; a. memagari / memagarkan b. menghiasi / menghiaskan sekian, terima kasih | Memagari bermaksud mengelilingi sesuatu seperti pagar, Pokok puding memagari kawasan rumahnya. Memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sbg pagar; atau memasang sesuatu sebagai pagar, Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. Menghiasi bermaksud menyebabkan kelihatan lebih cantik, Bintang-bintang menghiasi langit. Menghiaskan bermaksud mencantikkan dengan sesuatu, Dia menghiaskan sebutir kerosang pada bajunya. | Tatabahasa | 28.04.2015 |
Bagaimana hendak bezakan perkataan berikut dalam ayat? 1. memagar 2. memagarkan 3. memagari | 1. memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar. Contoh ayat: Dia memagar kawasan rumahnya. 2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. 3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM' | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. | Istilah | 13.11.2009 |
adakah peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung sama dengan maksud dengan masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak? apakah maksud kedua-dua peribahasa tersebut ? | Peribahasa 'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' bermaksud ikut peraturan tempat di mana kita berada; 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak' bermaksud menyesuaikan diri dengan masyarakat keliling. | Makna | 09.07.2008 |
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud garis-garis yang menentukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 08.09.2017 |
Apakah perbezaan antara memungut dan mengutip? penggunaan kata seperti berikut adalah benar atau salah? 1. mengutip durian atau memungut durian? 2. mengutip sampah atau memungut sampah? 3. mengutip dompet di atas lantai atau memungut dompet ? Terima kasih. | Perkataan memungut mempunyai makna yang sama dengan mengutip. Mengikut buku Kamus Dewan, diberikan contoh bawah entri mengutip …mengutip buah yang telah gugur; setiap pagi mereka mengutip sampah sarap di keliling kawasan sekolah; manakala bawah entri memungut pula diberikan diberikan makna mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh), dalam hal ini memungut dompet. | Makna | 06.06.2014 |