keliru dgn ayat serumpun..contoh soalan sekiranya soalannya berbunyi mak cik suraya membeli _________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani nak gunakan seikat atau serumpun | Mak cik suraya membeli seikat serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani. | Tatabahasa | 15.08.2016 |
keliru penggunaan ayat "goreng pisang panas" dan "pisang goreng panas" contoh; kipas angin seperti "goreng pisang panas" atau kipas angin seperti "pisang goreng panas"? mengikut pemahaman, "goreng pisang panas" adalah perbuatan, manakala "pisang goreng panas" merupakan hasil/produk, terima kasih | “Pisang goreng panas” secara makna harfiahnya ialah pisang yang telah digoreng yang masih dalam keadaan panas. Makna lain “pisang goreng” mengikut Kamus Pelajar ialah laku, banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: “Goreng pisang” ialah perbuatan menjadikan pisang sebagai “pisang goreng”. | Makna | 13.02.2014 |
keliru penggunaan oleh itu, oleh kerana itu, oleh sebab itu . Mana yang betul | Yang betulnya ialah oleh itu. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim. | Lain-lain | 11.03.2010 |
mana yang betul bahasa Melayu atau bahasa Malaysia ? Guru keliru, murid lagi keliru | Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan. | Lain-lain | 04.10.2012 |
As salam, Saya ingin tahu cara menulis elipsis dengan betul.Perlukah ada jarak sebelum dan selepas tanda elipsis. contohnya, yang mana antara berikut yang betul? A. Saya ... agak keliru. (Jarak sebelum dan selepas elipsis) B. Saya...agak keliru. (Tiada jarak) C. Saya ...agak keliru. (Jarak sebelum elipsis) D. Saya... agak keliru. (Jarak selepas elipsis) Terima kasih. | Alaikumussalam. Cara penulisan elipsis untuk konteks ayat yang dijadikan contoh ialah kaedah A, iaitu perlu ada jarak sebelum dan selepas: Saya ... agak keliru. | Lain-lain | 08.01.2015 |
Saya keliru tentang perkataan seluruh. Jika seluruh negara digunakan adakah ia meliputi satu dunia? Atau hanya melibatkan negara individu? Contoh ayat, "Adakah penghantaran ini meliputi seluruh negara?" Adakah penghantaran tersebut merangkumi satu dunia atau Malaysia sahaja? Terima kasih. | Frasa seluruh negara (contoh: Malaysia) hanya meliputi negara (Malaysia) tersebut sahaja dan tidak melibatkan negara lain. | Makna | 24.01.2019 |
masih keliru penggunaan 1. Felo kehormat atau felow kehormat 2. Felow penyelidik atau felo penyelidik mohon pencerahan. terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ‘felow penyelidik’. ‘Felow’ daripada perkataan ‘fellow’ yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional. | Ejaan | 03.10.2018 |
Saya keliru; saya rujuk Khidmat Nasihat di prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan ejaan yang betul, tetapi nampak jawapan yang menambah kekeliruan. Contohnya, ejaan jangka masa. Pada 5/4/2011, jawapannya jangka masa (eja dijarakkan). Pada 13/3/2009 jawapannya jangkamasa (ejaan dirapatka). Tiada nota mengatakan sama ada yang satu ejaan baharu dan yang satu lagi ejaan lama. | Ejaan yang tepat ialah dua perkataan, iaitu jangka masa. Untuk lebih terperinci, puan boleh membuat rujukan melalui http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jangka+masa | Ejaan | 13.05.2018 |
Saya keliru tentang ayat di bawah: Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah @ adalah) rajin macam lebah. Setahu saya, adalah hadir di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama, rajin merupakan kata adjektif, maka jawapan yang betul sepatutnya apa? Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah rajin macam lebah. Rajin macam lebah ialah peribahasa dan satu rangkai kata bukan kata adjektif yang tunggal. Peribahasa pula tergolong dalam kata nama. Ayat ini boleh menjadi lebih jelas apabila ditulis "Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah peribahasa "rajin macam lebah". Contoh ayat yang menggunakan pemeri "adalah" yang diikuti dengan kata adjektif ialah: Perbuatan yang dilakukannya itu adalah salah. | Lain-lain | 10.03.2017 |