Perbezaan semalam dengan kelmarin. Mohon penjelasan. T.kasih | Saudara Zulkifli, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kelmarin bermaksud sehari sebelum hari ini, semalam. Perkataan semalam bermaksud 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson; Oleh yang demikian, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. | Makna | 05.08.2009 |
Hello Khidmat Nasihat DBP, Ayat yang mana satu menggunakan kata 'pasar raya' dengan tepat? 1. Saya menemani ibu pergi ke PASAR RAYA petang kelmarin. 2. Saya menemani ibu pergi ke PASARAYA Parkson petang kelmarin. Saya juga ingin mengetahui apakah kata asal (bukan kata pinjaman) bahasa Melayu Terima kasih | 1. Saya menemani ibu pergi ke pasar raya petang kelmarin. Tidak ada maklumat sahih tentang perkataan asal bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku/makalah yang berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
Merujuk TD Edisi Ketiga m/s 481 . Contoh ayat 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Contoh ayat (b) yang mendepankan predikat ' kena rotan' hanya sesuai dikatakan pendepanan frasa kerja, bukanlah pendepanan kata kerja dengan objek. Berikan pandangan tuan. | Pihak kami akan membawa cadangan/pandangan ini kepada panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan. | Lain-lain | 25.03.2010 |
saya telah menggunapaki pemahaman saya sendir bahawa dalam bahasa melayu 'semalam' dan 'kelmarin' itu merujuk kepada maksud yang sama. pohon pihak tuan jelaskan sama ada pemahaman saya ini betul atau salah. terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semalam dan kelmarin merujuk perkara yang sama, iaitu hari sebelum hari ini. | Istilah | 03.08.2009 |
Apakah kata pengganti nama bagi barang. misalnya; Saya sukan akan basikal ini. Ia saya beli kelmarin. Betulkah penggunaan "Ia" itu? | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat tersebut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. | Tatabahasa | 06.12.2006 |
Penggunaan kata ganda penuh "kanak-kanak" dalam ayat berikut betul atau tidak? ~Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital kelmarin kerana terkena renjatan elektrik. Terima kasih. | Penggunaan perkataan kanak-kanak dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 05.05.2013 |
Salam. saya ingin tahu jenis golongan kata pada rangkai kata perlawanan akhir dalam ayat berikut, adakah kata nama am atau kata nama khas. 1. Pasukan Galpam telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Western Union, kelmarin. | Perlawanan akhir ialah kata nama am dan penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 22.10.2011 |
1. Adakah perkataan "semalam" masih relevan dalam ayat bahasa Melayu? 2. Perkataan "barangsiapa" dalam terjemahan al Quran betulkah dari segi makna dalam bahasa Melayu? | Semalam bermakna satu malam, sepanjang malam atau hari sebelum hari ini; kelmarin. Perkataan ini masih digunakan dalam bahasa Melayu. Barang siapa boleh digunakan kerana kata ini bermaksud siapa-siapa atau orang yang tidak tentu. | Makna | 06.02.2008 |
A'um / selamat malam... Bagaimana hendak membezakan antara adjung dan komplemen dalam ayat? Contohnya: Aminah menyapu sampah di halaman rumah. "di halaman rumah" adjung atau komplemen? Tolong jelaskan sedikit. | Adjung ialah unsur sekunder dalam binaan linguistik yang boleh digugurkan tanpa menjejaskan binaan ayat. Cth. Kereta baharu itu dilancarkan kelmarin(adjung). Komplemen ialah bahagian frasa yang diperlukan untuk menyempurnakan ayat. Cth. Dia menjadi guru. Dia menyatakan bahawa ibunya sakit. | Tatabahasa | 02.03.2008 |
Bagaimanakah perkataan 'Ia' patut digunakan? Adakah perkataan ini hanya digunakan untuk objek? Adakah perkataan ini sama dengan perkataan 'It' dalam bahasa Inggeris ataupun adakah perkataan ini digunakan semata-mata untuk manusia? | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat berikut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. Perkataan "Ia" dalam bahasa Melayu tidak sama dengan perkataan "It" dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 08.12.2006 |