Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku? | Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut. Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah. | Istilah | 21.12.2017 |
maksud kejelikitan dan penggunanya dalam ayat | Jeleket (bukan jelikit) bermaksud melekat biasanya pada kertas, kelopak mata, dan lain-lain. Kejeleketan bermaksud keadaan jeleket; contohnya, "Kejeleketan menyebabkan ia sukar membuka kelopak mata dengan cepat". | Makna | 28.07.2009 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Mohon berikan cadangan bagi perkataan 'double eyelid'. Sumber internet yang saya jumpa kebanyakannya menggunakan padanan kelopak mata berganda. Adakah ia benar? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi "double eyelid" ialah kelopak mata berganda. | Istilah | 17.02.2020 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
APAKAH MAKSUD JAMUNG,JURAGAN,DATI KELOPAK MATA,BEBATKAN,& MENYEMARAKKAN TEMBANG. 2.) TETESAN ATAU TITISAN. | 1) Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, jamung ialah andang atau suluh manakal juragan ialah nakhoda. Walau bagaimanapun soalan "bebatkan & menyemarakkan tembang" tidak jelas. 2) Ejaan yang betul ialah titisan. Untuk makluman saudara, perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP tidak merangkumi pertandingan Teka Silang Kata atau apa-apa bentuk pertandingan. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam laman web DBP. | Makna | 01.06.2009 |
Apakah kata lawan kepada sepet iaitu keadaan kelopak mata yang ada dua garisan. | Saudara/Saudari, Lawan kepada mata yang sepet lazimnya digunakan bundar dan bulat. | Lain-lain | 10.09.2012 |
Why do our eyelids twitch contantly sometimes? Terjemahan: Mengapakah kelopak mata kita kadang-kadang berkelip? adakah kata berkelip boleh menjadi maksud bagi perkataan twitch? | Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan twitch sesuai diterjemahkan kepada menggerenyet. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2018 |
Adakah ayat yang mengandungi "yang" dikatakan ayat majmuk? Contoh: Mereka melihat kelopak bunga raya yang sedang mekar. Terima kasih. | Ya betul. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
While blinking, our eyelids spread tears evenly on our eyes in order to moisten the eyeballs. Terjemahan: Apabila kelopak mata berkelip, air mata akan merebak keseluruh mata untuk melembapkan bola mata. Adakah perkataan "merebak" sesuai digunakan untuk terjemahan tersebut? | Jika dirujuk kepada ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut ialah "merembes" yang bermaksud meresap masuk atau keluar (berkenaan benda cair). | Makna | 27.09.2018 |
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip? | Menurut Kamus Pelajar, kerdip ditakrifkan sebagai berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan. Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata. Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 19.03.2014 |