Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.
Kelapangan bermaksud:
1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit.
2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah.
3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan.
Thanks for clicking. That felt good.