| perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |
| Selamat sejahtera kepada pihak DBP yang saya hormati. Saya ingin menujukan satu soalan iaitu: Selepas kata perintah seperti sila, tolong dan minta, adakah perlunya meletakkan imbuhan pada kata kerja? Contoh ayat: a) Sila mengeluarkan buku teks anda. b) Sila keluarkan buku teks anda. c) Sila keluar buku teks anda. Saya keliru dengan masalah imbuhan yang terdapat dalam ketiga-tiga ayat ini. Tolong selesaikan masalah saya. Saya sangat berminat tentang masalah ini. Terima kasih banyak-banyak! | Kategori ayat perintah yang menggunakan kata ‘sila’, tolong’ dan ‘minta’ dinamakan ayat permintaan; dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Akhiran -kan perlu diimbuhkan bagi membentuk kata kerja. Contoh penggunaan adalah seperti ayat yang berikut: 1. Minta puan benarkan kami masuk. 2. Tolong selesaikan pergaduhan itu. 3. Sila hantarkan jawapan kamu sebelum hari Ahad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 185- 186 dan 451. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
| 1. Apakah penjodoh bilangan bagi kek? 2. Apakah penjodoh bilangan bagi kemalangan? 3. Apakah bezanya "mengadakan" dan " menganjurkan"? 4. Guru Besar atau guru besar? 5. di kalangan atau dalam kalangan? 6. baru atau baharu? 7. Dia makan epal, durian, dan manggis. Perlukah tanda koma diletakkan sebelum perkataan "dan"? 8. pantai Port Dickson atau Pantai Port Dickson? 9. negeri Selangor atau Negeri Selangor? 10. kereta api atau keretapi? 11. sebuah negeri atau satu negeri? 12. Apakah penjodoh bilangan bagi majlis dan hantu? | 1. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek. 2. Tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk kemalangan. 3. Mengadakan bermaksud 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan, manakala menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah. 4. Dalam konteks umum, guru besar dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, ia perlu ditulis dengan huruf besar jika diikuti oleh kata nama khas. 5. Frasa yang betul ialah dalam kalangan. 6. Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll. 7. Tanda koma tidak perlu diletakkan kerana epal, durian dan manggis tergolong dalam kategori yang sama. 8. Perkataan pantai Port Dickson tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada perkataan pantai kerana pantai ialah kata nama am. 9. Ejaan yang betul ialah negeri Selangor sahaja. 10. Ejaan yang betul ialah kereta api. 11. Sebuah negeri. 12. Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia. | Tatabahasa | 10.03.2010 |