Assalamualaikum. Mohon pengesahan sama ada imbuhan yang digunakan untuk 'log masuk/keluar' dalam ayat berikut adalah betul. 1) Please register by logging in directly to your account. (Sila daftar dengan mengelog masuk terus ke akaun anda). 2) You have been logged out of your account. (Anda telah dilog keluar daripada akaun). Terima kasih | Waalaikumussalam. Ayat yang betul atau lebih sesuai ialah 1. Untuk mendaftar, sila log masuk terus ke akaun anda. 2. Anda telah dilog keluar daripada akaun anda.
| Penyemakan dan penterjemahan | 22.12.2016 |
Tumpang tanya, di bahagian rekod pertanyaan memang yang disenaraikan soalan yang telah dijawab sahaja ke? Soalan baru yang belum dijawab memang tak keluar di situ ke? Atau, memang soalan yang saya hantar tadi sebenarnya tak berjaya dihantar ke sistem DBP walaupun ada makluman beritahu kata "Soalan anda telah kami terima. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami."? | Selamat Sejahtera. Sila log masuk akaun KNDBP dan klik "Rekod Pertanyaan" untuk melihat senarai pertanyaan dan status soalan tersebut. Pertanyaan yang baru dihantar juga boleh dilihat semula dalam rekod pertanyaan. | Lain-lain | 12.12.2023 |