Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal luar biasa, keisti­mewaan: apabila ia terkejut, hairanlah ia akan ~ mimpinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luar biasa (adjektif)
Bersinonim dengan lain, tidak normal, kinantan, asing, gharib, ternah, ganjil, aneh, ternah; lain daripada yang lain, tidak sama dengan yang lain, istimewa;,
Kata Terbitan : keluarbiasaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum?Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan.Tatabahasa07.05.2014

Kembali ke atas