Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lua.san] | کلواسن

Definisi : 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lua.san] | کلواسن

Definisi : 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
antara 2 ayat di bawah manakah yang betul? 1- Keluasan rumah berharga RM60ribu adalah 1000sqft 2- Keluasan rumah berharga RM60,000 adalah 1000sqft sekian.Untuk menyatakan harga rumah, kedua-dua cara penulisan boleh digunakan, sama ada RM60,000 atau RM60 ribu.  Yang tidak diterima ialah RM60K. Ayat bahasa Melayu yang baik ialah: Keluasan rumah berharga RM60,000 ialah 1,000 kps, atau Keluasan rumah berharga RM60 ribu ialah 1,000 kps.Lain-lain05.01.2017
tujuan adalah untuk menambah keluasan tapak MEMASUK / MEMASUKKAN dan mengeluarkan muatan barang DARI / DARIPADA kenderaan. yang manakah betul....MEMASUK or MEMASUKAN DARI or DARIPADA ?...bertujuan adalah untuk menambah keluasan tapak memuatkan barang dan mengeluarkan muatan barang daripada kenderaan...Tatabahasa18.04.2014
Yang mana paling tepat: a) Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari / daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat.Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat.Tatabahasa22.03.2012
Baiki lokasi pavemen konkrit yang menghadapi kemerosotan kualiti dan kecacatan bagi keluasan melebihi 0.25 m2 , kaedah selain di atas tidak dianggap sesuai. Treat affected area as necessary when area of deterioration is more than 0.25 sq.m and other specific treatment detailed above are not considered appropriate.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Apakah ayat yang sesuai bagi "paddy parcel area"? Ini kerana agensi ini menterjemahkan kepada - keluasan pasel padi. Adakah perkataan pasel boleh diguna pakai dalam perenggan laporan berbahasa melayu? Sekiranya tidak, apakah perkataan "parcel" dalam bahasa melayu"Dalam pangkalan data kami, padana bahasa Melayu untuk "area" ialah luas atau kawasan. padanan bahasa Melayu untuk "parcel" ialah petak atau bidang. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "paddy parcel area" ialah luas petak padi.Istilah04.04.2014
Selamat sejahtera, Menurut kamus dewan edisi keempat, 'sekangkang kera' bermaksud (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas. Jadi, 'sekangkang kera' itu digunakan untuk keluasan menurut maksudnya Namun, bolehkah 'sekangkang kera' digunakan untuk konteks jarak? Ayat contoh: Jarak yang dahulunya dirasakan amat jauh kini hanyalah sekangkang kera. Sekian, terima kasih.Sekangkang kera dikiaskan kepada Tanah atau kawasan yang tidak luas. Sekangkang kera tidak sesuai digunakan bagi menyatakan maksud jarak.Tatabahasa20.05.2015
Apakah perbezaan antara sekitar kawasan dengan kawasan sekitar?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.Lain-lain28.09.2021
Salam sejahtera.Saya nak tanya apakah perbezaan antara sekitar kawasan dan kawasan sekitar dari segi penggunaan dan makna?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu. Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.
Lain-lain04.10.2021
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih.1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud  garis-garis yang menen­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya.

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter.

Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan  perimeter bagi setiap cadangan pembangunan.

Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat.
Tatabahasa08.09.2017
Kawasan sekitar ialah kawasan yang luas, manakala sekitar kawasan ialah kawasan yang kecil,keterangan saya betul ke?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. Berdasarkan contoh ayat dan penerangan yang diberikan, kawasan sekitar merujuk kepada kawasan yang luas manakala sekitar kawasan pula ialah kawasan kecil.Lain-lain08.10.2021
12

Kembali ke atas