Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.cuan] | کلوچوان

Definisi : sesuatu yg menggelikan hati, ke­jenakaan, kelakar, lelucon: ~ yg timbul drpd kejadian itu menyebabkan bapa tersenyum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.cuan] | کلوچوان

Definisi : 1 sesuatu yg menggelikan hati; lelucon; lawak. 2 keadaan atau hal lucu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lucu (adjektif)
Bersinonim dengan jenaka, menggelikan hati, kelakar, lawak, lelucon;,
Kata Terbitan : melucu, berlucu, kelucuan, pelucu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELUCON?Lelucon bermakna kelakar atau jenaka (cerita, dsb), lawak, kelucuan.Makna23.03.2008
Apa perbezaan hiperbola dan metafora?

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Metafora pula bermaksud kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Lain-lain20.08.2022
apa perbezaan personafikasi dan hiperbola ?

Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak.

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/

Lain-lain19.08.2022

Kembali ke atas