1.adakah ayat ini betul untuk digunakan(Lain daripada itu tidak ada apa-apa lagi) 2.Bolehkah kata nafi bukan dan tidak hadir bersama(Dia bukan tidak tahu kedudukan suaminya) 3.Jalan raya di depannya menggemuruh oleh segala macam kenderaan.Adakah penggunaan kosa kata menggemuruh betul dan ayat ini boleh digunakan dalam penulisan? 4.adakah 'ah 'digolongkan dalam kata seru? 5.masa itu berasa bertambah marah kepada Said. adakah 'berasa bertambah' sesuai untuk digunakan dalam ayat? | 1. Ayat yang betul ialah Selain daripada itu, tidak ada apa-apa lagi. 2. Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. 3. Mengikut Kamus Dewan, kata gemuruh hanya membawa dua maksud, iaitu (1) bunyi seperti guruh dan (2) berdebar-debar. 4. ‘ah’ kata utk menyatakan kehairanan, tidak setuju, keluhan, runsing. 5. Ayat yang betul ialah “ ...pada masa itu, saya/Ali berasa bertambah marah kepada Said” . “bertambah” bermaksud menjadi lebih, semakin; berasa pula boleh membawa maksud mengalami sesuatu di dalam hati. | Tatabahasa | 04.03.2014 |