apakah kaedah menulis perkataan berikut: (a) "mengenal pasti" atau "mengenalpasti" (b) "dikenal pasti" atau "dikenalpasti" (c) "prefix" sama ada perlu italic atau tidak. (d) "... kategori pekerjaan yang perlu dipertingkatkan (atau ditingkatkan) tahap kemahirannya." Soalannya: mana satu perkataan yang betul, sama ada "ditingkatkan" atau "dipertingkatkan". | Kaedah menulis yang betul: a) mengenal pasti b) dikenal pasti c) prefix perlu diitalikkan d) Jika dirujuk ayat tersebut, ditingkatkan dan dipertingkatkan, kedua-duanya bolah digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Lain-lain | 08.09.2015 |
ejaan yang tepat bagi kelansungan atau kelangsungan? atau kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dan membawa maksud yang sama | Ejaan yang betul ialah KELANGSUNGAN. Kelangsungan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; | Ejaan | 12.07.2017 |
Adakah perkataan "kelangsungan" boleh diguna dalam apa-apa ayat? Contohnya ayat: Oleh itu pengesahan daripada Pengurus Besar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah perlu untuk kelangsungan projek ini. | Boleh. Berikut disertakan makna kata kelangsungan. Kelangsungan: perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah kelangsungan daripada kreativiti pelipur lara; | Lain-lain | 14.04.2009 |
1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam” | Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan: 1. Ayat tersebut betul. 2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan". 3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 4. Ayat tersebut betul. 5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya". 7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ” | Tatabahasa | 13.09.2023 |