Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.juan] | کماجوان

Definisi : perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ roha-niah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kero­hanian (spt etika, moral, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.juan] | کماجوان

Definisi : keadaan maju; ketinggian taraf dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi kemajuanKemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb).Makna30.01.2010
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah?Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Lain-lain22.12.2009
EVOLUSI TEKNOLOGI PEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKATEVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN MASYARAKATLain-lain23.05.2011
saya ingin bertanya manakah ayat yang betul untuk perkataan ini.MASYARAKAT MEMACU KEMAJUAN SESUATU EVOLUSI TEKNOLOGI atau EVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKAT atau ada ayat lain yang boleh membentuk ayat yang lebih sempurna dari perkataan perkataan diatas.terimakasih.

Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul, bergantung pada maksud dan perkara yang ingin diutamakan.

Tatabahasa21.05.2011
semakan penggunaaan tata bahasa malaysia yang betul untuk papan iklan luaranSila pinda "BERSAMA, MALAYSIA DAN GE MENJANA KEMAJUAN" menjadi " MALAYSIA DAN GE BERSAMA MENJANA KEMAJUAN".

Sila ke ruangan "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan setelah membuat pindaan.
Tatabahasa15.06.2013
Maksud cikgu perkataan lembab tidak wujud? adakah lembap boleh disaling tukar penggunaannya utk membawa maksud tidak bijak/kurang kemajuan? terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ,  perkataan lembap bermaksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. Makna17.06.2008
Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa. ada satu salah kata/istilah dan satu lagi salah tatabahasa. demi atau untuk dan satu lagi di peringkat antarabangsa ke?bagaimana dengan membolehkannya? membolehkan mereka betul keDemi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama. - Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa.Tatabahasa18.07.2008
apakah erti tamadun

Tamadun  bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;

Makna08.01.2010
Saya ingin bertanya adakah singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di tulis JAKIM ataupun Jakim. Mohon jawapan berserta penjelasan daripada pihak tuan kerana terdapat percanggahan pendapat berhubung perkara ini di pejabat kami. Terima kasih.Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim.
Ejaan04.12.2013
Salam, saya ingin bertanya. Apa perbezaan antara istilah Persatuan Penduduk dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung?Antara dua istilah itu, yang mana lebih baik untuk digunakan pada masa kini?Ataupun kedua-duanya boleh dan relevan untuk digunakan? Sekian, terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut mewakili pertubuhan komuniti setempat, ada yang menggunakan istilah Persatuan Penduduk dan ada yang menggunakan istilah Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Terpulang kepada masyarakat untuk menggunakan istilah manakah yang digemari oleh mereka.Tatabahasa14.08.2012
123456789

Kembali ke atas