Salam sejahtera, kenapa bahasa Melayu dilihat tiada byk pilihan kata dan padanan kata yg cekap dan kreatif? Contohnya kata "modulation". Terjemahan Melayunya yg dipadankan hanyalah "modulasi", sedangkan kata itu berasal drpd bahasa Indonesia yg sebenarnya dipinjam drpd bahasa Belanda. Kata itu dilihat langsung tidak memiliki nilai keserumpunan, malah lebih anehnya, akhiran -si itu dilihat sgt tak bersifat keMalaysiaan, sepatutnya akhiran "-tion atau -sion dlm bahasa Inggeris dipadankan dgn "-sen" dgn e taling. Contoh dan buktinya itu dpt diteliti dan diperhatikan dlm perkataan "stesen" dan "losen" yg diserap dlm bahasa Melayu dan padanan kata itu bukanlah "stesyen" atau "stasi" dan bukan pula "losyen" atau "losi". Selain itu, boleh juga digunakan kata imbuhan yg memberi maksud yg sama spt imbuhan "pe -- an"; "peng -- an"; dll dlm bahasa Melayu, selain mengekalkan kata asal dgn makna yg baru, barulah kata itu kelihatan keMalaysiaan spt apa yg tercatat dlm Kamus Online DBP. Contohnya lagi, "modulation" dpt dipadankan dgn kata "modulasen" (yakni pinjaman Inggeris yg diMalaysiakan dan seharusnya berlaku dlm bahasa Melayu, bukannya "modulasi" dan bukan pula "modulasyen" atau "modulesyen"); boleh juga dipadankan dgn kata "pemodulatan" (pinjaman Inggeris yg diMelayukan); "modulat" (pinjaman Inggeris dgn kata asal, diperluaskan makna dan golongan kata); "peninggirendahan; "pindaan nada"; "pinda nada"; lunak; atau "pengaturan" (pinjaman dlm bahasa serumpun spt bahasa Indonesia). | Padanan bahasa Melayu bagi istilah modulation ialah pemodulatan, modulatan dan modulasi. Ketiga-tiga bentuk padanan istilah ini menepati kaedah pembentukan istilah bahasa Melayu. Padanan istilah tersebut bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 02.08.2022 |
Bagaimanakah bentuk ejaan perkataan berikut apabila menerima imbuhan di-...-kan atau meN-...-kan? 1. Rusia 2. Amerika 3. Melayu 4. Cina 5. Islam 6. Buddha Perkataan di atas melibatkan terjemahan yang tidak menerima huraian sebagai padanan (contoh huraian: dijadikan bersifat Rusia, dianutkan dengan agama Buddha dsb). Sekian, terima kasih. Qiu Syah | Apabila nama bangsa,suku bangsa dan bahasa daripada kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, kemalaysiaan, kecina-cinaan, keinggeris-inggerisan, penjawaan, pemelayuan dan memelayukan. | Tatabahasa | 14.06.2013 |