Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.luan] | کمالوان

Definisi : 1. perihal malu, sesuatu yg men­datangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.luan] | کمالوان

Definisi : 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan saya.. apakah maksud butuh di dalam bahasa malaysia? Banyak saya dengar di station tv dan radio..artis indonesia menggunakan bahasa butuh..adakah ini boleh kita gunakan didalam bahasa harian kita..walau pun makna bahasa indonesia adalah perlu..dan adakah rakyat malaysia boleh menggunaknya dalam bahasa harian dan anak anak kita boleh menggunakanya di waktu sekolah?Apakah peranan kementerian di dalam isu ini? Sekian t.kasih.Sdr. Masidayu, di dalam kamus dewan butuh membawa makna I bk kemaluan laki-laki. manakala bagi Indonesia ia bermakna memerlukan. Jika ditanya bolehkah perkataan ini digunakan? jawapannya ia dan tidak. Bermakna jika ia digunakan dalam masyarakat kita di Malaysia tentulah tidak sesuai tetapi jika digunakan dalam konteks di Indonesia ia memang boleh digunakan.Makna06.09.2007
Salam sejahtera, Terdapat banyak telenovela Indonesia di kaca TV kita sekarang ini. Soalan-soalan saya: 1) Kenapakah telenovela Indonesia yang berbahasa Melayu Indonesia itu diberikan sarikata bahasa Melayu Malaysia? 2) Adakah ini menunjukkan bahasa Melayu di kedua-dua negara ini tersangat berbeza sehingga memerlukan sarikata? Ini kerana, drama dari Amerika Syarikat yang menggunakan American English tidak diberikan sarikata British English apabila ditayangkan di United Kingdom, dan sebaliknya. 3) Adakah ini bermaksud American English dan British English (dua variasi B.Inggeris yang berbeza dalam bidang World Englishes) lebih dekat dan lebih sama berbanding dengan B.Melayu Indonesia dan B.Melayu Malaysia? Yakni, adakah B.M Indonesia dan B.M Malaysia sudah terpisah jauh sehingga memerlukan sarikata? 4) Apakah komen MABBIM tentang perkara sarikata tersebut? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu (Malaysia) tidaklah persis seratus peratus. Ada perkataan mempunyai makna yang sama sekali berbeza, contohnya perkataan kapan, dalam bahasa Indonesia bermaksud bila, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) bermaksud kain yang membalut mayat. Begitu juga dengan perkataan butuh, dalam bahasa Indonesia bermaksud perlu, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) berkenaan kemaluan lelaki. Sudah semestinya kata butuh di negara kita tidak diungkapkan secara terbuka lebih-lebih lagi untuk siaran awam. Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham ada baiknya drama/filem Indonesia diberi sari kata dalam bahasa Melayu (Malaysia). Untuk makluman saudara MABBIM merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Sehingga kini isu penggunaan sari kata dalam drama/filem Malaysia/Indonesia belum pernah dibincangkan.

Lain-lain17.01.2011

Kembali ke atas