Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemampanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah makna bagi perkataan kemampanan?Perkataan "kemampanan" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan untuk membawa maksud keadaan atau perihal mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik.Makna19.11.2013
Mohon pihak tuan beri maksud penggunaan istilah kemampanan dan pemampanan dalam ayat berikut: Isu kemampanan bandar akan dibincangkan dalam forum tersebut; dan Isu pemampanan bandar akan dibincangkan dalam forum tersebut.Rujukan dibuat berdasarkan penggunaan dalam teks berbahasa Melayu melalui carian di Internet. Penggunaan yang banyak ditemukan ialah kemampanan bandar berbanding dengan pemampanan bandar. Namun, penggunaan yang terkini dan lebih banyak digunakan ialah kelestarian bandar. Tatabahasa12.10.2021
Apakah maksud lestari? Apakah maksud mampan? Apakah perbezaan kedua-dua perkataan ini? Adakah wujudnya perkataan kemampanan?

Lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap;  asli  atau terpelihara seperti asal. Contohnya, melestarikan hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain). Pelestarian; perlindungan daripada kemusnahan. Mampan bermaksud mampu mengekalkan atau pencapaian tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).  Padanan dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. Perkataan mampan menerima imbuhan apitan ke-an membentuk kata kemampanan yang bermaksud perihal mampan.  

 

Makna12.05.2020
Assalamu'alaikum. Dalam konteks pasaran modal, yang mana satu merupakan terjemahan yang betul untuk "sustainability" - "kemampanan" atau "kelestarian"? Adakah kedua-duanya boleh saling ditukar ganti? Terima kasih.

Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya,  manakala lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap dan sering digunakan untuk merujuk keadaan seperti kelestarian hutan, persekitaran dan lain-lain, iaitu yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal.  Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, penggunaan perkataan "kemampanan" atau "kelestarian"  hendaklah mengikut konteks, bidang dan wacana keseluruhan topik yang dibincangkan.

Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.03.2017
Salam, boleh kah saya menggunakan perkataan "kemampanan" untuk maksud keupayaan untuk mampan?Boleh.Istilah16.12.2012
Apakah terjemahan yang sesuai untuk Twin Transition? Adalah Peralihan Berkembar atau Transisi Berkembar? Pendekatan Twin Transition merujuk bahawa terdapat peluang besar yang boleh diterokai untuk teknologi dan data bagi memacu matlamat kelestarian atau kemampanan (sustainability).Cadangan terjemahan bagi perkataan twin transition berdasarkan konsep dan konteks penggunaan yang diberikan ialah “transisi berkembar”.Penyemakan dan penterjemahan02.03.2023
Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang.Tatabahasa28.12.2023
Saya ingin mohon khidmat DBP untuk menyemak terjemahan dari bahasa Inggeris ke BM. Terima kasih. ENGLISH TEXT Management Philosophy Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individuality while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. EXCEED YOUR VISION As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. BM TRANSLATION Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan, dipercayai di seluruh dunia untuk komitmen kami terhadap keterbukaan, kepuasan pelanggan,dan kemampanan. Kami menghormati individualiti di samping memupuk kerja berpasukan, dan komited untuk memberi nilai yang unik melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. EXCEED YOUR VISION Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melebihi visi kami sendiri, dan untuk menghasilkan keputusan yang mengagumkan serta menggembirakan pelanggan kami.Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut:

Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan dan dipercayai di seluruh dunia kerana iltizam kami dari segi bersikap terbuka, kepuasan pelanggan,dan kemampanan syarikat. Di samping memupuk kerja berpasukan, kami menghormati keindividualan dan beriltizam untuk memberikan nilai bitara melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. MELAMPAUI WAWASAN ANDA (EXCEED YOUR VISION). Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melampaui wawasan kami sendiri dan menghasilkan keputusan luar dugaan serta menggembirakan pelanggan kami.
Penyemakan dan penterjemahan07.03.2017
Saya ingin mohon khidmat DBP untuk menyemak terjemahan yang dilampirkan. Terima kasih.Terjemahan:

FALSAFAH PENGURUSAN

Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan dan dipercayai di seluruh dunia atas komitmen kami terhadap keterbukaan, kepuasan pelanggan dan kemampanan. Kami menghormati individu, di samping memupuk kerja berpasukan dan komited untuk menghasikan nilai yang unik melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif.

PENCAPAIAN MELEBIHI VISI

Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk memenuhi visi kami dan menghasilkan keputusan yang mengagumkan serta menggembirakan pelanggan.

Penyemakan dan penterjemahan07.03.2017

Kembali ke atas