Belakangan ini atau Kebelakangan ini? Simbiosis kemanusiaan dan teknologi atau Simbiosis kemanusiaan dengan teknologi? seMalaysia atau se-Malaysia? | Jawapan yang sesuai ialah Kebelakangan ini. Ayat yang sesuai berdasarkan soalan saudara ialah simbiosis kemanusiaan dan teknologi. Namun demikian, jika terdapat kata antara pada ayat di atas, jawapan yang sesuai digunakan ialah simbiosis kemanusiaan dengan teknologi. | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden? | Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
definisi nilai kemanusiaan | Saudara Shashaerika, Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. Oleh yang demikian, frasa nilai kemanusiaan bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia. | Makna | 10.02.2010 |
apakah maksud bagi gabungan perkataan tersebut? a) dunia teknologi digital b) nilai kemanusiaan jika boleh, saya mahu jawapan yang banyak pilihan untuk dibuat sebagai bahan kajian. terima kasih. segala bantuan anda sangat saya hargai. | a) Dunia teknologi digital bermaksud kecanggihan teknologi yang diguna pakai oleh manusia pada zaman ini. b) Nilai kemanusiaa merujuk kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia. Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan saudara. | Makna | 25.03.2010 |
salam,.bolehkah pihak tuan/puan berikan saya alamat penuh bahagian penerbitan karya..tq | Sdr boleh menghubungi alamat berikut: Penerbitan buku dalam bidang Agama Islam, Sains Sosial dan Kemanusiaan, atau Sains dan Teknologi: Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Penerbitan buku dalam bidang Bahasa: Ketua Editor Bahagian Buku Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Penerbitan buku dalam bidang Sastera: Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Penerbitan buku Kanak-kanak dan Remaja: Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Penerbitan buku peringkat Sekolah: Ketua Editor Bahagian Buku Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Penerbitan karya untuk Majalah: Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Sdr juga boleh melayari laman sesawang DBP untuk bagi mendapatkan alamat e-mel dan no. telefon bagi menghubungi Ketua-ketua Editor yang berkenaan. | Lain-lain | 16.08.2010 |
Apakah konsep sastera mengikut DBP? | Konsep kesusasteraan terlalu luas. Secara umumnya kesusasteraan ialah karya bertulis atau lisan yang dihasilkan dalam bentuk prosa atau puisi oleh sesebuah peradaban atau masyarakat. Kesusasteraan mengandungi nilai keindahan, kemanusiaan, falsafah, intelektual, emosi, unsur kerohanian, dan sebagainya yang digarap melalui bahasa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kesusasteraan, saudara dicadangkan supaya merujuk buku yang berikut , iaitu Citra Sastera oleh Sohaimi Abdul Aziz (DBP,2008), Konsep dan Pendekatan Sastera oleh Hamzah Hamdani (penyelenggara) (DBP,1988), Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP,1988) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP,2007). | Lain-lain | 11.04.2008 |
Senarai Majalah dalam kategori i) Sukan ii) Kereta iii) Hiburan | Majalah DBP tidak ada dalam kategori sukan, kereta, dan hiburan. Yang ada hanyalah kategori kanak-kanak, remaja, dan dewasa; serta bidang: Bahasa, Sastera, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,dan Ekonomi dan Perniagaan. | Lain-lain | 19.01.2008 |
saya ingin mengetahui bagaimanakah yang dimaksudkan dengan karya sastera yang bagus?harap dapat memberi serba sedikit panduan | Karya sastera yang bagus adalah karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu karya tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan paling penting adalah karya yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi untuk menjadi pedoman dan impak akhir yang berkesan kepada pembaca. Terima kasih. | Lain-lain | 25.12.2006 |
sila tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Encik Ali menjelaskan keputusan Mesyuarat Lembaga Disiplin kepada ahli-ahli persatuan. 2. Sejak dahulu lagi, pelumba-pelumba haram mempersendakan undang-undang negara. 3. Pihak berkuasa akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh baru-baru ini. terima kasih | Dalam proses. | Tatabahasa | 19.07.2010 |
pendapat sasterawan negara seperti a.samad said,usman awang,shahnon ahmad tentang sastera atau makna atau pendapat mereka tentang sastera | Pendapat sasterawan negara (seperti nama-nama yang dinyatakan) tentang sastera boleh dirujuk pada buku terbitan DBP berjudul Ucapan Penerima Anugerah Sasterawan Negara - SASTERA DAN KEMANUSIAAN. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur, Pejabat-pejabat DBP Wilayah (Timur - di Kota Bharu, Kelantan atau Utara - di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau Selatan - Larkin Perdana, Johor Bahru) atau boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2008 |