petikan pertama : Ayat yang betul ialah: Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas, dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. petikan kedua : Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama dengan dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan kemas bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan dengan ialah Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya. kedua-dua penjelasan itu saya ambil terus daripada khidmat nasihat yang ada dalam pangkalan data. soalan saya :yang mana betul?? menyusun meja dengan kemas atau menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja hingga kemas?? tq | Frasa yang betul ialah menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja sehingga kemas. | Tatabahasa | 31.08.2015 |
1. kaunter pinjaman / peminjaman 2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas / hingga kemas. | Ayat yang betul ialah: 1. kaunter pinjaman 2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas, dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Tuan/Puan, Bagi maksud penulisan slogan “Kemas, Selamat, Ceria”, apakah penulisan yang betul? (i) “Kemas, Selamat, Ceria”; atau (ii) Kemas, Selamat, Ceria; atau (iii) Kemas, selamat dan ceria; atau (iv) KEMAS, SELAMAT, CERIA; atau (v) KEMAS, SELAMAT DAN CERIA? Sekian, terima kasih. | Kata hubung boleh ditiadakan dalam penulisan slogan, puan boleh menulis sebagai KEMAS, SELAMAT,CERIA atau KEMAS,SELAMAT DAN CERIA dan boleh juga dalam tulisan huruf kecil. | Tatabahasa | 14.01.2015 |
Tuan, sila berikan jawapan untuk soalan 1 dan 2 di bawah, yang manakah ayat menggunakan perkataan yang diberikan dengan betul. Pilih perkataan kemas yang digunakan yang betul. 1. a)Barangan piuter tersusun kemas di sudut itu. b)Ali membungkus hadiah itu dengan kemas. c)Kakak sedang kemas dapur ketika saya pulang tadi.. d)Semua hasil kerja tangannya kemas dan cantik. 2. Pilih perkataan serong yang digunakan dengan betul. a)Tulisannya serong sedikit. b)Kuih itu saya potong serong. c)Pokok itu serong sedikit ke sebelah kanan. d)Janganlah cepat memandang serong terhadap orang lain. sekian terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. (a)Barangan piuter tersusun kemas di sudut itu. (b)Ali membungkus hadiah itu dengan kemas. (d)Semua hasil kerja tangannya kemas dan cantik. 2. (b)Kuih itu saya potong serong. (d)Janganlah cepat memandang serong terhadap orang lain. | Tatabahasa | 20.02.2015 |
mohon penjelasan penggunaan kata KEMAS yang betul. 1. Soraya memegang tangan adiknya dengan KEMAS semasa mereka hendak melintas jalan. 2. Encik Omar menyemak hasil laporan itu dengan KEMAS sebelum menghantarnya kepada Tan Sri Hashim. | Perkataan "kemas" adalah bersinonim atau seerti dengan "rapi, terurus, teratur, tersusun, dll.". Perkataan "kemas " juga bersinonim dengan "kuat, teguh, erat, kukuh,bersih, segar, selesai, dll." | Tatabahasa | 19.05.2015 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? (1) Siti menyusun meja dengan kemas. (2) Siti menyusun meja supaya kemas . (3) Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas . Terima kasih . | Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama ‘dengan’ dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan ‘kemas’ bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan ‘dengan’ ialah ‘Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya. | Tatabahasa | 22.07.2014 |
Salam sejehtera 1. Abang memangkas pokok bunga dengan pemangkas supaya keadaan halaman rumah menjadi rapi/kemas. Adakah penggunaan "rapi@kemas" dalam ayat tersebut betul ? T.kasih | Penggunaan rapi atau kemas dalam ayat tersebut adalah betul. | Makna | 08.04.2019 |
pusat beli-belah atau pusat membeli-belah bengkel baiki kereta atau bengkal membaiki kereta menemui barang kemas atau menemukan barang kemas apa maksud 'berjujup-jujup' dan 'berdedai-dedai' | Frasa yang betul ialah 'pusat beli-belah'; Bengkel baiki kereta; menemukan barang kemas; berdedai-dedai ialah berjalan berduyun-duyun (berturur-turut) dengan tidak beraturan; sila pastikan ejaan 'berjujup-jujup' kerana dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara ditemukan kata 'berjujuk-jujuk' yang bermakna beratur, berbanjar, berduyun-duyun. | Tatabahasa | 14.03.2008 |
Salam, A. inginkan pengesahan ejaan berikut sama ada ditulis rapat atau jarak. 1.mengemaskini, 2.kemas kini, 3 mengubahsuai. B. Apa beza maksud 'pernyataan' dan 'penyataan'. Bila ia sesuai digunakan (terutama dalam soalan). Cthnya... 'dari pernyataan/penyataan berikut, nyatakan manakah yang benar?' | 1.mengemaskini = mengemas kini 2.kemas kini= kemas kini 3 mengubahsuai= mengubah suai Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain). | Tatabahasa | 31.10.2012 |
Istilah mana yang tepat untuk “botanical jewellery”? a. pembuatan perhiasan diri botanikal b. pembuatan barang kemas botanikal c. pembuatan barang kemas botani d. pembuatan perhiasan diri botani | Padanan yang tepat bagi botanical jewellery ialah barang kemas botani. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2014 |