Kenapa ejaan dikemaskinikan perlu dirapatkan sedangkan kemas kini adalah kata majmuk | kemas kini ialah kata majmuk yang dieja dua perkataan. Apabila kata majmuk ini menerima apitan pada awal dan akhir kata (di-...-kan) maka terbentuklah dikemaskinikan, jika hanya menerima awalan sahaja seperti dikemas kini ejaannya masih dua perkataan. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
slm. soalan: ibu mengemas/membersihkan bilik adik.(menegemas dan membersihkan adalah pilihan jawapan.mengemas perlu ke imbuhan -kan?kenapa membersihkan ada imbuhan -kan?) tq | Kata terbitan mengemas dan mengemaskan, kedua-dua bentuk tersebut wujud dalam pengimbuhan kata dasar kemas, walau bagaimanapun yang lazim digunakan ialah mengemas. Mengemas/mengemaskan dan membersihkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 191. | Tatabahasa | 26.06.2010 |
mana ayat aktif yang betul daripada ayat pasif berikut. Bilik tidur adik sudah saya kemas tadi. Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi. ATAU Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi. Apakah fungsi kan dalam ayat ini adakah menjejaskan makna. | Ayat yang sesuai ialah "Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi". Fungsi "kan" dalam perkataan "mengemaskan" bermaksud "menjadikan tersusun", manakala "mengemas" bermaksud "menyusun". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
"Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemas." atau " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Antara di atas , yang manakah berikut betul atau kedua- duanya boleh diterima?Jika salah, mengapakah jawapan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Kemas ialah kata adjektif dan memerlukan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
Boleh terangkan rumus tatabahasa 'peruntukan'? Kalau ditambah 'di' menjadi 'diperuntukan' atau 'diperuntukkan' amat mengelirukan kerana khidmat nasihat dbp mempunyai kedua-dua jawapan. saya mohon bahagian khidmat nasihat selalu kemas kini jawapan-jawapan terdahulu yang salah untuk dibuang daripada sistem supaya tidak mengelirukan pengguna. Terima Kasih.... | Memperuntukkan ialah kata terbitan daripada kata dasar peruntukan. Peruntukan menerima apitan di-...-kan menerbitkan kata diperuntukkan, bukannya apitan di-...an yang memungkinkan kata terbitan diperuntukan. Mohon maaf atas kekeliruan maklumat yang kami berikan. | Tatabahasa | 16.07.2020 |
Selamat petang. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditanya. 1) Bagaimanakah cara untuk menterjemah frasa 'a falling stone' ke dalam Bahasa Melayu? 'Batu yang berjatuh'? 2) Apakah perkataan yang seerti dengan perkataan bahasa Inggeris 'update' dan 'update' dalam konteks-konteks seperti: * I need to update the firmware. * I need to upgrade my hardware. 3) Apakah perbezaan 'penukaran' dengan 'pertukaran'? 4) "Meja ini diperbuat daripada kayu" atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? 5) Apakah nama rasmi bahasa kebangsaan kita untuk kegunaan formal? 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya ini. Saya benar-benar menghargainya." | 1. Batu yang jatuh 2. update - kemas kini 3. Berdasrkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertukaran bermaksud perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb). Penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan 4. Kedua-dua ayat adalah betul. 5. Nama rasmi bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. | Makna | 16.07.2013 |