Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lengkap dgn (mengandungi, mem­punyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur­-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~; mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, A. inginkan pengesahan ejaan berikut sama ada ditulis rapat atau jarak. 1.mengemaskini, 2.kemas kini, 3 mengubahsuai. B. Apa beza maksud 'pernyataan' dan 'penyataan'. Bila ia sesuai digunakan (terutama dalam soalan). Cthnya... 'dari pernyataan/penyataan berikut, nyatakan manakah yang benar?'1.mengemaskini = mengemas kini
 2.kemas kini= kemas kini
 3 mengubahsuai= mengubah suai
 

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media.

Penyataan
pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain).
Tatabahasa31.10.2012
Kenapa ejaan dikemaskinikan perlu dirapatkan sedangkan kemas kini adalah kata majmukkemas kini ialah kata majmuk yang dieja dua perkataan. Apabila kata majmuk ini menerima apitan pada awal dan akhir kata (di-...-kan) maka terbentuklah dikemaskinikan, jika hanya menerima awalan sahaja seperti dikemas kini ejaannya masih dua perkataan.Tatabahasa26.12.2012
Saya lihat Kamus Dwn, perkataan 'kemas kini' ditulis secara berasingan. Tetapi dalam laman web DBP ini, dalam bhg Piagam, saya lihat pada bhg akhir ditulis 'dikemaskini' - 1 perkataan. Perkataan itu harus dipisahkan kerana hanya menerima imbuhan awalan. Kenapa DPB menyatukannya? Apa alasan DBP? Terima kasihMengikut tatabahasa, ejaan kemas kini dieja dua perkataan. Mungkin berlaku kesilapan teknik dalam piagam DBP yang mengeja kemas kini sebagai satu perkataan.Tatabahasa03.12.2007
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau. Apakah pandangan DBP?Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP.Tatabahasa25.08.2009
bagaimana mengeja, perlu jarak atau dekatkan 1)sosio ekonomi atau sosio-ekonomi 2) kemas kini atau kemaskiniEjaan yang betul ialah sosioekonomi.Ejaan21.05.2010
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang ruangan Arkib Soalan di laman DBP http://prpm.dbp.gov.my/ Sekiranya berlaku perubahan/kemas kini pd laman tersebut,bagaimana caranya untuk mengakses semula database soalan2 & jawapan2 (pihak DBP) terhadap sesuatu kata/istilah ? Berapa lama perkhidmatan tersebut akan pulih spt sedia kala ? Terima kasih.Untuk makluman saudara, Arkib KNDBP masih dalam proses penyemakan, namun pengguna sudah boleh melihat paparannya di laman web kami.Lain-lain03.02.2012
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009
Apakah panduan yang boleh kita ikut bagi memastikan sesuatu perkataan itu ditulis secara jarak atau rapat. Misalnya dikenalpasti atau dikenal pasti, berkuatkuasa atau berkuat kuasa, kemas kini atau kemaskini dan sebagainya. Terima kasih.
Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian.
Ejaan08.11.2013
Apakah makna lengkap bagi Emiritus spt. Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Penjelasan tepat bagi makna perkataan ini tidak terdapat dalam kamus-kamus DBP. Mohon dimasukkan dalam versi kemas kini akan datang.Untuk makluman, ejaan yang betul ialah emeritus. Dalam Kamus Dewan edisi keempat. maksud emeritus ialah seseorang yang telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sebagai suatu penghormatan.  Profesor emeritus bermaksud gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan.Makna06.03.2013
123

Kembali ke atas