| Salam Sejahtera. Mohon penerangan penggunaan kata -nya yang betul dalam ayat-ayat di bawah. a) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baiknya. b) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baik. Adakah penggunaan -nya selepas kata adjektif betul dalam ayat di bawah? a) Beg plastik itu diikat dengan kemasnya sebelum dibuang. b) Murid menyebut ayat tunggal dengan betulnya. Terima kasih. | Keempat-empat ayat boleh diterima. Untuk ayat 1(a), dan 1(b), kata "-nya" (haiwan kesayangannya)merupakan kata ganti diri orang ketiga yang merujuk kepada "dia". Untuk ayat 1(a), "...dengan baiknya", 2(a) "... dengan kemasnya", 2(b) "... dengan betulnya" merupakan keterangan cara yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif baik, kemas, betul yang menerima kata pembenda -nya. | Tatabahasa | 09.02.2019 |
| Cikgu, berdasarkan buku Tatabahasa Dewan: Jika kata kerja majmuk diimbuhkan dengan awalan, perkataannya TIDAK perlu dipisahkan atau dijarakkan. Jadi, jika awalan "meN..." diimbuhkan pada perkataan "ulang kaji", akan dijadikan "mengulang kaji" atau "mengulang kaji"? Saya bertanya demikian kerana saya ternampak buku tersebut hanya memberikan contoh awalan "ber..." yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk sahaja perkataan -nya perlu dijarakkan. Tolong berikan contoh awalan yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk yang perkataannya perlu dijarakkan. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
| Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"? | Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik; Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; | Tatabahasa | 17.07.2013 |