Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.san] | کمسن

Definisi : 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.san] | کمسن

Definisi : 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alami dunia kemewahan dengan TIGGO 8 PRO, yang menampilkan rekaan dalaman dengan butiran mengagumkan – dari kemasan premium hingga sentuhan elegan di setiap sudut. Is the use of Dari in the above caption correct?

Teks tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:

Alami dunia kemewahan dengan TIGGO 8 PRO yang menampilkan rekaan dalaman dengan butiran mengagumkan, dilengkapi kemasan premium dan sentuhan elegan pada setiap sudut.

 

Tatabahasa14.08.2024
Saya mencari istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan BUILDING ENCLOSURE (bidang seni bina). Terima kasih DBPPerkataan BUILDING ENCLOSURE dicadangkan dalam bahasa Melayu sebagai KEMASAN BANGUNAN. Makna10.01.2022
Apakah istilah bahasa melayu 'rendering' yang sesuai untuk digunakan dalam ayat berikut: "Menghasilkan animasi 3D akhir melalui proses rendering animasi"Salam sejahtera,

Tuan,

Tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "rendering"  dalam proses animasi. Tetapi dalam bidang kesenian terdapat istilah finished rendering- kemasan siap. Jadi, kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu kemasan - rendering jika berkaitan dengan proses yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih.
Istilah22.10.2018
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan bagi istilah 'Gear Shaving Machine.' Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "Gear Shaving Machine" ialah Mesin Kemasan Gear  Istilah14.01.2016
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge
2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana
3. high definition television – televisyen definisi tinggi
4. catch-all – rangkum semua
5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC)
6. hand router – penghala tangan
7. cleat – tetupai
8. infinity pool – kolam infiniti
9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV

Istilah14.03.2017

Kembali ke atas