MAKNA KEMASYARAKATAN | Kemasyarakan bermaksud keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1004. | Makna | 13.03.2008 |
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya? | Saudara, Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207. | Tatabahasa | 03.09.2009 |
apakah maksud feudal?? | Feudal bermaksud berasaskan feudalisme, iaitu sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.03.2008 |
apakah maksud nilai dan ketentuan | Nilai bermaksud sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll) dan ketentuan bermaksud sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan/ keputusan yg muktamad/ketetapan | Makna | 11.10.2007 |
apakah maksud 'hubugan kemasyrakatan' sebenarnya? Dan apakah termasuk dalamnya? Terima kasih. | Secara amnya hubungan kemasyarakatan bermaksud segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat. | Makna | 09.08.2010 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Dia mendapat banyak pengalaman. 2. Gotong-royong merupakan antara aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan. 3. Sejak kebelakangan ini, masalah sosial semakin berleluasa. | Semua ayat yang dikemukakan betul. 1. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. 2. Antara ialah kata sendi nama yang berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 3. Sejak ialah kata sendi nama, bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , kata sendi nama, halaman 281 - 285 dan kata bilangan, halaman 286. ) | Tatabahasa | 01.05.2011 |
apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberal | Sosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik. | Makna | 18.05.2009 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |
definisi proses sosial | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, proses ialah satu siri perubahan yg berlaku secara semula jadi. Sosial pula ialah segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku yang berkaitan. | Makna | 22.09.2008 |
maksud modal sosial dan contohnya? | Merujuk Kamus Dewan, modal ialah wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan. Manakala sosial ialah segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Bagi memperoleh maksud frasa modal sosial, saudara hendaklah merujuk uku atau makalah yang berkaitan. Harap maklum. | Makna | 13.07.2008 |