Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Peribahasa

Layu bunga digenggam,
     layu rumput di halaman.

Bermaksud :

Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. Yatim = kematian bapa 2. Piatu = kematian ibu bapa 3. Yatim piatu = kematian ibu bapa soalan saya, kematian ibu sahaja = ?

Salam sejahtera saudara Sham,

Anak yatim juga digunakan untuk anak yang tidak beribu merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu anak yang tidak berbapa dan (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa.

Sila layari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=yatim untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

Makna01.10.2012
TAKZIAH ATAS KEMATIAN/KEMBALI KE RAHMATULLAHTAKZIAH ATAS KEMATIAN TAKZIAH ATAS KEMBALI KE RAHMATULLAHTatabahasa25.10.2010
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka.Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya.
Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2012
Selain dari kematian, bolehkah menggunakan ucapan takziah kepada perkara-perkara musibah dan kesedihan?Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita.Istilah06.06.2010
Mereka takut akan mati. Mereka takut akan kematian. yang mana satu betul?Ayat yang betul ialah 'Mereka takut akan kematian'.Tatabahasa09.02.2011
Angamah --------- setelah mendapat berita kematian ayahnya. a. terkelu b. terkedu c.terkilan d. tergamam Yg mana satukah yg betul?Angamah tergamam setelah mendapat berita kematian ayahnya.Tatabahasa14.05.2008
Adakah perkataan "takziah" khusus digunakan untuk berita kematian sahaja? Sekian, terima kasih.Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita.Makna06.06.2011
soalan ;. Jumlah kematian mangsa Tsunami _____ 8000 orang. Tolong jelaskan sama ada jawapannya ialah atau adalah. setahu saya adalah. tolong beri penjelasan yg detail. terima kasih

Jawapan yang betul ialah:

Jumlah kematian mangsa Tsunami ialah 8000 orang. 

Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti ayat contoh yang tuan berikan.  Manakala penggunaan kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Tatabahasa01.06.2011
kata nama am abstrak atau konkrit? kematian , penyayang, sambutan , pertama , minyak, bapa, bulan , orang , anak-anak Di antara perkataan-perkataan di atas, boleh dikategorikan sebagai KN am konkrit dan KN am abstrak. Terima kasihKematian, penyayang, sambutan, pertama ialah kata nama am abstrak. Bapa, bulan, orang, anak-anak pula ialah kata nama am konkrit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 86.Tatabahasa16.09.2008
kenapa soalan ini salah: Badariah mengucapkan takziah di atas kematian ibu MutuKata sendi nama di atas hanya merujuk tempat, oleh itu penggunaan kata sendi yang betul dalam ayat ini ialah "Badariah mengucapkan takziah atas kematian ibu Mutu"Tatabahasa30.06.2009
12345

Kembali ke atas