Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? 1. Suatu hari nanti, saya kembali semula ke sini. 2. Satu hari nanti, saya kembali semula ke sini. Apakah perbezaan penggunaan "suatu" dan "satu"? Terima kasih.Ayat 1 betul. Perbezaannya ialah Suatu hari merujuk kepada hari yang belum pasti atau abstrak. Contohnya, Encik Ali  tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti, manakala Satu hari pula merujuk bilangan hari, seperti hari  Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya. Tatabahasa11.08.2020
Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tepoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat. Saya ingin bertanya ayat di atas menggunakan perkataan ‘sebab’ - boleh atau tidak. Klau tidak perkataan apa yang betul. Terima kasihAyat yang betul ialah:
 1. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya oleh sebab tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat.
 2. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya kerana tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat.
Tatabahasa30.07.2018
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kata adjektif yang tepat 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ________. 2. Hatinya kembali _______ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau _____ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. Terima kasih.1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ____menggigil____.
2. Hatinya kembali ____lega___ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu.
3. Badannya berbau ___hangit__ selepas mengeluarkan peluh yang banyak.
Tatabahasa19.08.2012
1. Semangat patriotik amat penting bagi membina perpaduan pada negara berbilang bangsa seperti Malaysia. 2. Bersukan dapat memupuk perpaduan antara kaum 3. Sambutan Hari Malaysia ialah antara program yang membolehkan rakyat Malaysia menghidupkan kembali semangat patriotik. Adakah ayat di ayat dianggap betul?

1. Ayat nombor 1 dan 2 betul.

2. Pada ayat nombor 3 terdapat kesalahan. Ayat yang betul ialah Sambutan Hari Malaysia merupakan salah satu daripada program yang membolehkan rakyat Malaysia menghidupkan kembali semangat patriotik.
Tatabahasa05.10.2024
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy

1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 

2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian

3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas.

4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul.

Tatabahasa19.10.2010
Salam sejahtera, Mohon nasihat untuk penggunaan tatabahasa berikut: 1. Jem ini saya dapat dari / daripada kenduri itu. <-- Kenduri merupakan tempat atau punca dalam ayat ini? 2. Saya kembali dari / daripada ambang maut. <-- Ambang maut di sini ialah abstrak, jadi dari atau daripada? Terima kasih atas pencerahan.Penggunaan perkataan dari/daripada yang betul dalam ayat berikut ialah:
1. Jem ini saya dapat daripada kenduri itu; atau Jem ini saya dapat dari tempat kenduri itu. (Sekiranya dimasukkan perkataan tempat, jika perkataan kenduri sahaja dimasukkan, ia masih dianggap sebagai sumber)

2. Saya kembali daripada ambang maut. 
Tatabahasa18.11.2022
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasihPeribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.Makna26.08.2015
Saya ingin bantuan untuk terjemahan ke Bahasa Melayu: 1) "Reshoring" seperti dalam ayat : Meanwhile, the reshoring trend in the US has been driven by political pressures at home as well as rising wages and labour issues in low-cost manufacturing countries 2) "Internet of Things (IoT): contoh ayat "Ubiquitous sensor-equipped devices will share data with one another across the network in the Internet of Things (IoT). This technology will revolutionise the way people live and work." Terima kasih didahulukan. Muhammad HalimiCadangan kami:
1. reshoring = penempatan kembali/menempatkan kembali
2. Internet of Things (IOT) = Internet Benda
Penyemakan dan penterjemahan29.09.2015
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020
123456

Kembali ke atas