Merujuk nama 'Pusat Kembangan Pendidikan' oleh UKM, adakah perkataan 'Kembangan' itu sesuai, atau lebih tepat jika digunakan 'Perkembangan'? Terima kasih didahului. | Cadangan yang sesuai ialah Pusat Pengembangan Pendidikan kerana ada usaha untuk mengembangkan bidang pendidikan. | Ejaan | 20.02.2008 |
Assalamualaikum,saya Norain Hassan pelajar dari UPM,serdang.Di ruangan ini bolehkah saya ingin bertanyakan nombor telefon yang boleh menghubungi Dato A.Aziz Deraman,kerana saya ingin menemuramah beliau untuk menyiapkan tugasan saya bagi subjek pengajaran kesusasteraan. Harap kerjasama tuan dapat membantu saya.Terima kasih. | Untuk makluman sdr., YBhg. Dato' Aziz Deraman boleh dihubungi melalui no. telefon/faks: 03 89381063, e-mel: adeputragong@yahoo.com dan alamat: Dangau Kasih, No. 12 Jalan BPP 4/2, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor D.E., Malaysia.
| Lain-lain | 29.01.2011 |