Kemboja | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 01.09.2010 |
Ly Iza SUN 14:51 Assalamualaikum Datuk/puan yang hormati: Saya dari Kemboja pelajar lulusan Agama peringkat bachelor degree di Saudi Arabia, Riyadh city, dan lulusan peringkat masters degree di kemboja. Saya dapat maklumat dalam Facebook, bahawa ada jawatan kosong diiklankan, maka saya ingin bertanya adakah dapat menerima orang Kemboja berkerja di sana? Harap tuan/puan maaf kami kerana soalan ini, jutaan terima kasih | Waalaikummusalam, Tuan/Puan, Untuk makluman tuan/puan, jawatan kosong yang dibuka khas untuk Rakyat Malaysia yang memiliki syarat kelayakan yang dinyatakan dan syarat tambahan yang lain. Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi staf kami melalui e-mel alias@dbp.gov.my atau nombor telefon 03-2147 9345 Terima kasih. | Lain-lain | 19.03.2017 |
Salam. Nama bagi negara (english: Cambodia) ialah negara Kemboja atau negara Kampuchea? Terima kasih | Ejaan dalam bahasa Melayu ialah Kemboja. | Tatabahasa | 14.11.2013 |
Apakah ejaan Cambodia dalam Bahasa Malaysia | Ejaan dalam bahasa Melayu ialah Kemboja. | Ejaan | 22.02.2008 |
maksud RESIDENSI | Perkataan RESIDENSI hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman. | Lain-lain | 15.02.2017 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih. | Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali: 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
| Tatabahasa | 01.10.2012 |
Maksud perkataan kebayat negara? | Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja. Kebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan oleh puteri dari China. | Sastera | 05.03.2020 |
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara? | ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial). | Lain-lain | 04.01.2018 |
Baginda ________ di Istana Meranti itu semenjak ditabalkan sebagai Sultan di Kebayat Negara. Saya nak tahu apakah maksud kebayat negara? | Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja. Kebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan puteri dari China. | Sastera | 05.03.2020 |
Salam Tuan, Saya ingin bertanya adakah perkataan berikut termasuk sebagai bahasa kebangsaaan. Perkataan-perkataan ini adalah untuk digunakan sebagai sebahagian dari cadangan nama pembangunan. 1. Suite 2. Residensi 3. Kondominium Bersama ini kami lampirkan permohonan cadangan nama pembangunan yang telah kami hantar kepada pihak berkuasa tempatan untuk rujukan pihak Tuan. Terima Kasih Faiz AJC Planning Consultants Sdn Bhd | Dalam data kami, istilah-istilah yang dinyatakan membawa maksud seperti yang berikut: 1) Suite: Unit penginapan di hotel yang dilengkapi bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan dapur. (Kamus Dewan Perdana) 2) Residensi: hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman. 3) Kondominium: Bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
| Istilah | 04.06.2020 |