Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemenjadian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan "kemenjadian". Contoh kemenjadian murid.Perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami. Sila jelaskan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut.Makna11.11.2009
Saya ingin bertanya pihak tuan mengenai perkataan kemenjadian. Wujudkah perkataan ini? Kalau wujud, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan kemenjadian? Kalau tidak wujud, perkataan apakah yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan kemenjadian ini? Saya inginkan kepastian kerana saya telah berjumpa beberapa artikel yang menggunakan perkataan ini. Contoh penggunaannya, "Kemenjadian murid di sekolah-sekolah."Perkataan kemenjadian ini wujud dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkataan kemenjadian ini juga terdapat dalam pangkalan data Korpus DBP dan digunakan secara meluas oleh pengguna. Makna perkataan kemenjadian ini ialah 'Hal berhasil atau berjaya'.Makna21.07.2017
salam, tuan apakh maksud kemenjadian?Tiada data DBP berkaitan perkataan kemenjadian. Perkataan kemenjadian daripada kata menjadi boleh dibentuk, bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini belum dirakamkan dalam Kamus Dewan.Istilah06.02.2015
apakah Maksud perkataan - APRESIASI KEMENJADIAN MURID Terima Kasih.Kebanyakan frasa "apresiasi kemenjadian murid" digunakan dalam majlis atau acara pada peringkat sekolah.

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020) memberikan takrifan yang berikut:

a. apresiasi -1 pemahaman, penerimaan dan penghayatan nilai sesuatu karya seni, 
                      sastera atau budaya.
                   2 penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti
                      dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak.

b. kemenjadian - hal berhasil atau berjaya.

c. murid - 1 orang yang belajar secara formal di sekolah.
               2 orang yang mempelajari sesuatu bidang ilmu atau kemahiran seperti
                  agama, persilatan atau perubatan tradisional secara tidak formal
                  dengan seseorang.

Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa "apresiasi kemenjadian murid" bermaksud penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti dan sebagainya seseorang (guru, ibu bapa) atau sesuatu pihak (seperti sekolah, kementerian) dalam menghasilkan orang yang belajar secara formal di sekolah (murid) berjaya.



Makna01.02.2023
Apakah yang dimaksudkan dengan fokas kemenjadian?

Tidak ada data yang berkaitan dengan fokas kemenjadian dalam sumber rujukan kami. Perkataan fokas yang ditemukan hanyalah yang berkaitan dengan karya kreatif yang menjadi tajuk akhbar/makalah seperti:

Fokas penulis adalah pada protagonisnya | Tiada | Mingguan Timur | 11.04.1976

Fokas Drama di Pahang tahun lalu | Ami Masra | Berita Harian | 14.04.1979

Makna24.09.2012
Adakah perkataan kemenjadian boleh digunakan dalam ayat. Perkataan ini banyak digunakan khusus dalam ucapan (Terengganu) yang bermaksud seseorang yang dapat dibentuk...Perkataan "kemenjadian" boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacanaTatabahasa19.06.2007
Assalamualikum tuan/puan. Saya ingin bertanya maksud "kemenjadian" Terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi kemenjadian adalah seperti yang berikut:

 

hal berhasil atau berjaya: Kemenjadian murid dilihat melalui tiga aspek, iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Lain-lain06.07.2021
apakah perkataan 'kemenjadian' boleh digunakan dalam bahasa melayuPerkataan ini belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana.Istilah24.07.2010
Salam. Apakah beza antara perkataan kemanjadian dan kemenjadian??Tiada data DBP berkaitan perkataan manjadi/kemanjadian. Perkataan kemenjadian daripada kata menjadi boleh dibentuk, bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini belum dirakamkan dalam Kamus Dewan.Istilah27.08.2014
Salam sejahtera. Mengapakah istilah "kemenjadian" masih tiada dalam kamus DBP dalam talian ya? Walhal perkataan ini sering dijumpai dalam bidang pendidikan dan dokumen di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Adakah perkataan ini dikhaskan pada situasi tertentu sahaja? Mohon pencerahan daripada tuan.Entri "kemenjadian" telah dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana yang baru diterbitkan pada tahun 2021. PRPM mengambil data daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, yang diterbitkan pada tahun 2005.Istilah19.01.2022
12

Kembali ke atas