http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rosy Definisi : 2. having a healthy pink complexion, kemerah-merahan: ~ checks, pipi yg kemerah-merahan; Ejaan salah: checks -> cheeks | Maklumat tuan kami maklumi. Terima kasih atas makluman. Kami akan mengambil tindakan. | Lain-lain | 16.12.2019 |
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih. | Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll). | Lain-lain | 04.03.2010 |
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan. | 1. Partikel -kah boleh digunakan di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama. | Tatabahasa | 12.10.2016 |
nak tahu maksud sawo matang | Maksudnya buah ciku masak, selalunya merujuk pada warna kulit iaitu warna coklat kemerah-merahan iaitu warna buah ciku masak. | Makna | 03.11.2006 |
Assalamualaikum, Ada pendapat mengatakan 'oren' bukanlah satu istilah/nama bagi warna. Apa pendapat tuan? Katanya nama bagi oren yang tepat ialah 'jingga'. Tepatkan pendapat itu? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning kemerah-merahan, jingga. | Istilah | 05.06.2010 |
Salam sejahtera. Soalan: Adakah berwarna jingga juga boleh disebut sebagai berwarna oren? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama. | Makna | 20.04.2016 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Asma dari Pelajar Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Perbandingan Agama di USIM. Di sini saya ingin menyemak makna dari sudut bahasa dan istilah bagi perkataan kalbu, jantung dan hati. Perkara ini adalah untuk kajian bagi thesis saya. Segala bantuan dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih. | Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan perkataan biasa dan bukannya istilah. Pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, kami berikan maksud mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. - Kalbu bermaksud hati (pusat segala perasaan batin). - Jantung bermaksud 1. organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan, 2. benda yg berbentuk seperti jantung - Hati bermaksud organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan. | Makna | 17.05.2017 |